19 Dilantik Anggotai Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021

KUALA LUMPUR: Pejabat Perdana Menteri hari ini, mengumumkan pelantikan Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 selepas diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dalam satu kenyataan media, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 itu ditubuhkan mengikut Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

Jawatan kuasa terbabit akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria.

Keanggotaannya terdiri daripada pakar kesihatan awam, wakil parti politik pembangkang dan kerajaan, tokoh bidang pendidikan, kesihatan, keselamatan, ketenteraman awam, pentadbiran awam dan undang-undang, mufti serta wakil dewan perniagaan.

"Jawatankuasa itu berperanan menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai kewujudan berterusan darurat besar di Malaysia dan penamatannya.

"Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri (JPM) berperanan sebagai urus setia jawatankuasa ini," katanya.

Senarai keahlian jawatan kuasa ini adalah seperti berikut:

1. Tun Arifin Zakaria, bekas Ketua Hakim Negara – Pengerusi

2. Tan Sri Samsudin Osman, bekas Ketua Setiausaha Negara

3. Tan Sri Norian Mai, bekas Ketua Polis Negara

4. Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin, bekas Panglima Angkatan Tentera

5. Prof. Tan Sri Dr. Mohamad Taha Arif, bekas Ketua Pengarah Kesihatan

6. Tan Sri Dr. Yahya Awang, pakar bedah jantung

7. Tan Sri Ter Leong Yap, Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian

Cina Malaysia

8. Tan Sri Dr. R. Palan, Pro-Canselor Universiti Cyberjaya

9. Dato' Setia Sallehuddin Saidin, bekas Timbalan Pendakwaraya Pejabat Peguam

Negara

10. Prof. Madya Dato' Arif Perkasa Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis

11. Prof. Datu Dr. Andrew Kiyu Dawi anak Usop, pakar kesihatan awam

12. Tan Sri Sukarti Wakiman, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

13. Tan Sri Noh Omar, Ahli Parlimen Tanjung Karang

14. YB Datuk Sri Rohani Abdul Karim, Ahli Parlimen Batang Lupar

15. YB Datuk Azizah Mohd. Dun, Ahli Parlimen Beaufort

16. YB Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh, Ahli Parlimen Pasir Puteh

17. YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu

18. YB Anthony Loke Siew Fook, Ahli Parlimen Seremban

19. YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post