NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMMAH akan cabar saman Anwar di mahkamah



KENYATAAN MEDIA 
GERAKAN PEMBELA UMMAH
[UMMAH AKAN CABAR SAMAN ANWAR DI MAHKAMAH]

1. Meneliti kenyataan akhbar Ds Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang pada 17 Januari di Astroawani, bahawa beliau mengumumkan akan mencabar Proklamsi Darurat yang dilaksanakan kerajaan setelah mendapat perkenan oleh KDMM YDPA, maka Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) juga akan menyediakan pasukan peguam pakar bagi bersedia untuk mencabar dan mencelah terhadap tindakan tersebut.

2. Ummah berpendapat bahawa tindakan Anwar mencabar keabsahan Proklamasi Darurat adalah satu tindakan yang cuba mencabar kebijaksanaan YDPA yang setelah berpuashati dengan penjelasan dan berkenan membuat keputusan berdasarkan cadangan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah dinasihatkan juga oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Ketua Setiausaha Negara, Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia.

3. Tindakan Anwar juga memperlihatkan beliau seorang yang sangat gila kuasa dan berpolitik tanpa batasan sehingga sangup memperjudikan nasib hidup rakyat dan keselamatan negara. Sepatutnya beliau perlu bersama sama kerajaan bagi memupuk semangat patriotik rakyat dan menyeru kepada memperkasa perpaduan negara bagi menghadapai cabaran besar yang dihadapi oleh negara sebagaimana yang dititah nasihatkan oleh YDPA semasa pembukaan parlimen terdahulu.

4. UMMAH yang mewakili lebih 500 NGO Islam diseluruh negara telah bersedia dengan pasukan peguam untuk berhadapan mencabar saman yang akan dikemukakan oleh pasukan peguam Anwar bagi mempertahankan kuasa yang YDPA sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
19 Januari 2021

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo