NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Adakah ‘Suntikan’ Untuk Memulihkan Ekonomi Mencukupi? – Syahir Sulaiman



Kedudukan ekonomi negara dan rakyat pastinya terjejas akibat 3P (Pandemik, PKP, Politik). Pertumbuhan ekonomi merosot dengan ketara, pemberhentian kerja dan pengangguran terus meningkat, manakala jurang kemiskinan bandar dan luar bandar semakin melebar.

Situasi yang dihadapi ini menuntut kepada suatu ‘formulasi’ jangka-pendek dan jangka-panjang, melibatkan ‘intervensi’ bagi menstabilkan kondisi negara (PKP, Darurat), diikuti ‘suntikan’ pakej fiskal dan monetari (PRIHATIN, PENJANA, Belanjawan), seterusnya langkah ‘rehabilitasi’ bagi menyokong pemulihan yang lebih mampan.

Terbaharu Perdana Menteri mengumumkan Pakej Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion bagi membantu mengurangkan kesan lonjakan semula kes COVID-19 dan pelaksanaan PKP 2.0, dengan matlamat untuk memerangi pandemik, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kesinambungan perniagaan.

Pakej ini adalah kesinambungan pelbagai inisiatif yang terkandung di dalam 4 pakej rangsangan ekonomi terdahulu yang bernilai RM305 bilion, di samping pelbagai langkah yang telah diluluskan dalam Belanjawan 2021 berjumlah RM322.5 billion.

Menurut beberapa firma penyelidikan dan pakar ekonomi, segala inisiatif yang diambil oleh Kerajaan dijangka dapat merangsang pertumbuhan KDNK dan mengekalkan momentum pemulihan ekonomi, antaranya:

“Emergency measures to hit harder on virus but less severe on economy. Assuming the overall economic capacity during this period operates around 60% in 1Q2021 and improves to 80% in 2Q2021 with a gradual easing of the restrictive measures, and the economy operates as usual in 2H2021, this would mean the 2021 GDP projection would now be hovering around 5.2% and 5.9%” - AmBank Research.

“We believe that there will be no impact to our GDP forecast from the declaration of Emergency. This is due to the fact that economic activities are to continue as usual. We opine that the economic impact will be from the MCO, resulting in a slower increase in Malaysia’s economic growth this year at 6.2%” - MIDF Research.

“COVID-19 3rd wave stresses healthcare system, resulting in MCO 2.0 & Emergency amid political uncertainty, though 78% of economy operational vs 52% in MCO 1.0. Reiterate our below-official & consensus 2021 GDP growth forecast of 5.1%.” – Maybank IB Research.

Selain melaksanakan segala inisiatif yang telah diumumkan, serta melihat indikator-indikator utama dan mendengar pandangan penganalisis ekonomi, Kerajaan perlu mengambil sikap:

1. Menjejak dan mendengar keluhan rakyat, khususnya segmen pekerja dan peniaga kecil melalui tinjauan yang lebih mikro, supaya dapat memenuhi keperluan rakyat secara lebih bersasar dan berkesan.

Pendekatan ini akan mewujudkan kelompok ‘economic citizen’ yang aktif bagi memastikan tiada golongan yang akan tercicir (no one will be left behind).

2. Menyambut baik segala kritikan dan saranan yang dikemukakan, merentasi kepakaran dan politik kepartian (bi-partisan).

Pendekatan ini akan menghasilkan persaingan idea yang lebih baik dan tawaran polisi yang lebih inklusif, demi kepentingan negara dan rakyat.

3. Mengemukakan ‘exit strategy’ pasca-PKP dan Darurat yang meyakinkan, melibatkan langkah pemulihan sosio-ekonomi dan pelaburan jangka panjang, khususnya bagi menangani isu keciciran pelajar dan lambakan graduan, di samping insentif khas untuk menjana pekerjaan anak tempatan, meningkatkan daya usahawan dan menarik pelaburan berimpak tinggi dalam negara.

Pendekatan ini akan meningkatkan keyakinan dan kebersamaan rakyat, peniaga serta pelabur terhadap langkah-langkah pemulihan jangka-pendek dan jangka-panjang yang diambil oleh Malaysia.

Memetik ungkapan YAB Perdana Menteri, “Unprecedented situation requires unprecedented measures”, segalanya bermula dengan langkah pertama, dan negara perlu melangkah secara bersama.

Syahir Sulaiman, 19 Januari 2021

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo