NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Antara Tiga Jenis PM

Pak Lah adalah bekas PM. Sehingga kini, beliau memilih untuk berehat daripada persada politik. Beliau tidak langsung mencampuri urusan kerajaan. Hidup bahagia bersama keluarga tercinta, tanpa apa-apa beban politik. Apa sahaja keputusan yang kerajaan ambil, itulah kebijaksanaan atau kesilapan mereka. Beliau tahu kerana pernah menduduki kerusi itu.
Tun Mahathir pula, tidak pernah gagal dalam mencampuri urusan kerajaan walau setelah beliau bersara dari posisi PM. Beliau mempunyai kecenderungan untuk mengkritik terhadap apa yang beliau fikirkan tidak betul yang dilakukan oleh PM ketika itu. Beliau mempunyai rekod terpanjang sebagai PM dan sudah dua kali menjawat jawatan itu. Itulah sebabnya beliau amat arif dengan suasana serta masih mempunyai sokongan yang kuat.
DS Najib mantan PM ke-6 pula, sentiasa memikirkan bagaimana mahu mendahului PM sekarang dalam memberikan cadangan kepada rakyat supaya PM sekarang dilihat sebagai meniru atau menerima cadangan beliau itu. Maka nanti akan disebut oranglah bahawa beliau amat bijak dalam mencadangkan kebaikan kepada marhaen. Beliau mempunyai idea dan nampak perjalanan sebagai seorang PM kerana beliau juga pernah berada di situ.
Jenis PM kedua pula adalah PM yang berkuasa sekarang, TS Muhyiddin Yassin. Apa-apa sahaja gangguan atau cubaan untuk menjatuhkan beliau, akan beliau tangkis. Semestinya beliau akan menggunakan seluruh kekuatan yang diperuntukan kepada beliau supaya kuasa beliau tidak dirampas. Maka apa-apa cadangan atau bantahan daripada bekas-bekas PM adalah terserah kepada beliau, samada mahu menerima ataupun tidak. Beliau berkuasa sekarang dan faham fungsi tugas beliau.
Namun kesemua mantan-mantan dan PM sekarang ini, tahu setakat mana sempadan mereka dalam mencabar kuasa PM. Ketika mahu bersara atau menjatuhkan PM, mereka menggunakan saluran perundangan yang betul bagi tujuan itu. Samada menyerahkannya secara sukarela atau dikalahkan melalui PRU atau juga ditentukan YDPA setelah PM meletak jawatan. Dan semua itu diterima kerana mematuhi perlembagaan.
Manakala sejenis lagi PM, jenis ketiga ialah 'Bakal PM'. Beliau banyak tidak tahu undang-undang kerana tidak pernah menjadi PM, hanya berada di tepi sahaja. Proklamasi Darurat telah diterangkan oleh pakar perundangan tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah, tetapi beliau tetap mahu mencabarnya. 

Dahulu sebelum darurat, beliau mahu menjadi PM, sedangkan jawatan PM perlu ditentukan oleh YDPA setelah PM meletakkan jawatan, mati atau ada undi tidak percaya di Parlimen. Sebaliknya beliau bawa senarai nama kepada YDPA di istana, sebab nak jadi PM juga. Bila diberitahu YDPA tiada kuasa menentukan PM cara sebegitu, penyokong beliau marahkan YDPA.
Selepas itu, bila beliau kata Bajet 2021 perlu ditolak, beliau tidak berjaya melakukannya dalam Sidang Parlimen, tetapi tetap bercakap tentang kepincangan Bajet 2021. Apabila sampai masa undi, pasukan beliau kalah, malah beliau tak bangun pun. Sebab itulah beliau telah terkena dengan keempat-empat orang PM ini. Tahun 2004 kalah dengan Pak Lah. 2018-2020 kena main dengan Tun janji nak serah jawatan PM, tak jadi. Dengan Muhyiddin, Muhyiddin keluar PH, jadi PM. Dengan Najib, surat dibocorkan, menampakkan kemaruk beliau itu untuk jadi PM.

Tapi apa kan daya sebab beliau memang hidup untuk dijadikan bahan sebab beliau tidak pernah jadi PM dan tidak akan insyaAllah. Maafkan beliau, beliau tak tahu macamana PM berfungsi. Kesian kan?

Mohd Nasir Abdullah
19 Januari 2021

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo