NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terima kasih cikgu – Radzi


PUTRAJAYA – Terima kasih, cikgu. Itu penghargaan diberikan Menteri Kanan (Pendidikan), Dr. Radzi Jidin buat seluruh guru di seluruh negara.

Ucapan itu ditujukan Radzi buat guru-guru di seluruh negara yang ketika ini berhempas pulas melengkapkan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) buat anak murid masing-masing.

Radzi berkata, sama ada secara dalam talian mahupun di luar talian, kesungguhan guru untuk menyampaikan ilmu kepada anak didik tiada tolok bandingnya.

“Saya ucapkan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada ibu bapa atas sokongan yang diberikan kepada guru sepanjang tempoh yang mencabar ini.

“Walau apa pun cabaran, Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus berusaha gigih memberikan yang terbaik kepada generasi pewaris negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Radzi turut mengajak semua pihak supaya bersatu hati melakukan yang terbaik demi masa depan anak-anak. – K! ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo