NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PKP Seluruh Negara Kecuali Sarawak Akan Bermula Jumaat Ini

Ismail Sabri Yaakob - Gambar Bernama

KUALA LUMPUR, 19 Jan — Kerajaan menetapkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara kecuali Sarawak.

Menteri Kanan (Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKP akan dilaksanakan di negeri terlibat bermula 22 Januari ini.

Katanya, keputusan dibuat susulan situasi meruncing dengan peningkatan kes Covid-19 di seluruh negara.

Sebelum ini Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan, Johor, Sabah dan Melaka telah dikenakan PKP sehingga 26 Januari.

Ia kemudian diikuti Kelantan dan daerah Sibu, Selangau serta Kanowit bermula 16 hingga 29 Januari ini.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo