NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Nazri Aziz Pula Positif Covid-19

KUALA LUMPUR, 19 Jan — Seorang lagi ahli Parlimen disahkan positif Covid-19. Kali ini ahli parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz.

Menurut Nedim Nazri Aziz, bapanya yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz kini berada di Kelantan.

"Tolong doakan untuk orang tua saya. Beliau di Kelantan.

"Hanya dia dan seorang kakitangan sahaja diuji positif (Covid-19)," catatnya di Twitter.
Nazri pagi tadi mengesahkan dirinya sedang menjalani kuarantin di Hospital Raja Perempuan Zainab di Kota Baru, Kelantan.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sebelumnya membuat ujian saringan selepas mengetahui dirinya menjadi kontak rapat kepada seorang penulis blog yang positif Covid-19 semasa mengadakan sidang media di ibu pejabat Umno di sini.

Program pada 12 Januari lalu itu turut dihadiri Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman serta beberapa wakil media.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo