NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perdana Menteri sudah hilang sokongan majoriti!

oleh: DR MUHAMMAD FATHI YUSOF
10 Januari 2021

Jika kita merujuk kepada pengumuman yang dibuat oleh Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob, dan pengumuman Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh yang dibuat sebelum undian belanjawan tempoh hari, kerajaan PN kini hanya mendapat sokongan 110 orang daripada 220 orang keseluruhan anggota Dewan Rakyat.

Adakah PM perlu meletakkan jawatan? 

Perkara 43(4) menyebut ‘jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Y ang di-Pertuan Agong.’ 

Maksudnya ada dua pilihan iaitu meletakkan jawatan atau mohon pembubaran Parlimen. 

Elok kita lihat kedua-dua pilihan ada lebih mendalam.

Pilihan pertama ialah meletakkan jawatan. Pilihan ini sesuai jika ada tokoh lain yang boleh menggantikan Perdana Menteri yang hilang sokongan. Calon paling hampir ialah Dato Seri Anwar Ibrahim dari Pakatan Harapan yang mempunyai 91 sokongan. Tetapi, belum ada petanda jelas bahawa ahli Parlimen dari parti-parti lain seperti Pejuang, Warisan dan Muda memberi sokongan kepada beliau. 

Pilihan kedua ialah memohon membubarkan Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum dilaksanakan dalam masa 60 hari. Pilihan ini susuai jika tiada wabak Covid-19.

Adakah wujud pilihan lain?

Pilihan lain adalah dibawah budibicara Yang Di-Pertuan Agong. 

Antaranya ialah untuk mengekalkan kerajaan sedia ada sebagai sebuah kerajaan sementara. 

'Sementara' di sini bermaksud, kerajaan yang dibenarkan terus bertahan sementara menunggu waktu sesuai diadakan pilihan raya umum.

Kerajaan sementara ini boleh berfungsi selama mana belum ada mana-mana calon lain yang mempunyai sokongan majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri. Namun kerajaan sementara boleh boleh tumbang jika bila berlaku undi tidak percaya di Parlimen.

Ringkasnya, dengan kehilangan sokongan majoriti ini Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin perlu segera mengadap Yang Di-Pertuan Agong untuk menentukan kedudukannya. 

Berdasarkan realiti wabak Covid-19 dan ketiadaan tokoh lain yang mendapat sokongan majoriti, maka kerajaan Perikatan Nasional wajar terus bertahan sebagai sebuah kerajaan sementara.

Memandangkan halangan utama kepada PRU ialah wabak Covid-19, adalah wajar satu badan bebas yang berkepakaran diwujudkan untuk memberikan syor kepada Yang Di-Pertuan Agong berkaitan kewajaran mengadakan pilihan raya umum. 

Cara ini dapat memastikan agar kepentingan rakyat diutamankan mengatasi kepentingan politik.

Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk negara dan rakyat Malaysia.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo