NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Muhyiddin masih ada sokongan berbanding 91 PH


10 JAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin masih mempunyai sokongan sebagai Perdana Menteri kerana bilangan ahli parlimen yang menyokongnya melebihi Pakatan Harapan (PH).

Bendahari Bersatu Johor, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, masih ada 110 ahli parlimen menyokong Muhyiddin di dalam Perikatan Nasional (PN), berbanding 91 dipihak pembangkang.

Katanya, pendapat sesetengah pihak mendakwa pembangkang atau PH ada 110 undi selepas Ahli Parlimen UMNO Machang dan Gua Musang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob dan Tengku Razaleigh Hamzah menarik sokongan terhadap Muhyiddin adalah tidak tepat

“Di Parlimen, PH hanya ada 91 kerusi kerana Warisan yang diketuai Datuk Seri Shafie Apdal dan parti Bebas yang dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad bukannya bersama PH. 

“Lagipun, walaupun Jazlan dan Ku Li (Tengku Razaleigh) dilaporkan tidak menyokong Muhyiddin atau kerajaan PN, itu tidak bermakna mereka memihak kepada PH,” katanya kepada PNBBC Portal, hari ini.

Ahli Parlimen Bersatu Mersing itu mengulang dakwaan pelbagai pihak kononnya Muhiddin sudah hilang sokongan atau majoriti selepas Jazlan mengumumkan menarik dari daripada menyokong PN.
Dr Abdul Latiff Ahmad

Menurut Abdul Latiff, ada yang keliru dengan menambah bilangan Jazlan dan Tengku Razaleigh kepada angka 108 ahli parlimen yang menolak Belanjawan 2021, Disember lalu.

“Masa undian Bajet, Gua Musang (Ku Li) tidak hadir. Blok sebelah hanya dapat 108 undi manakala kerajaan mendapat 111 undi,”.

“Lagipun, tidak boleh dikatakan mereka yang menolak bajet itu semuanya menentang Perdana Menteri sebab ada yang berbuat demikian kerana tidak setuju dengan peruntukan perbelanjaan kementerian tertentu,” katanya.

Abdul Latiff menegaskan, justeru itu jumlah undian menentang bajet tidak boleh dikira sama seperti tidak menyokong Muhyiddin atau dan PN.

Katanya, pihak yang menolak Ahli Parlimen Pagoh dan PN kena buktikan dengan angka terbaru bukan yang diperolehi ketika undian belanjawan dahulu seperti tafsiran sesetengah pihak.

“Sehingga itu (angka) diperolehi, Pagoh (Muhyiddin) dan PN masih ada 110 sokongan manakala saingan terdekat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya ada 91 sokongan daripada PKR, DAP dan Amanah,” jelas Menteri Luar Bandar itu.

Tambahnya, tafsiran Muhyiddin sudah hilang keyakinan ahli-ahli parlimen Dewan Rakyat seperti dinyatakan Jazlan perlu melalui proses seperti ditulis Perlembagaan Negara.

“Sebagai contoh, Dewan Rakyat tidak bersidang ketika ini, justeru itu pihak terbabit perlu menunggu Dewan bersidang untuk dibuktikan kesahihan siapa yang mendapat kepercayaan atau ada majoriti,” ujar Abdul Latiff.

Pada masa ini Dewan Rakyat mempunyai 220 Ahli Parlimen berikutan kematian Daruk Hasbullah Osman (BN-Gerik) dan Datuk Liew Vui Keong (Warisan-Batu Sapi).

Mengulas kononnya Muhyiddin gagal menangani pandemik Covid-19 yang semakin meningkat, beliau menjelaskan bahawa perdana menteri kira-kira tiga bulan.

“Kelonggaran demi kelonggaran diberikan untuk membolehkan rakyat kembali bekerja, berniaga dan membantu memulihkan ekonomi melalui PKPBersyarat dan PKPPemulihan,”.

“Apabila semakin banyak kelonggaran diberikan termasuk rentas daerah dan negeri untuk keselesaan rakyat, kes meningkat semula selain tidak mematuhi SOP (Standard Operating Procedure)” jelas beliau lagi.

Sebab itu beliau yakin perdana menteri akan membuat memutuskan pilihan selepas mesyuarat khas Kabinet esok sama ada melaksanakan semula PKP atau perintah kawalan dan SOP yang lebih ketat bagi menyekat rantaian Covid-19.

Sumber: http://www.pnbbcportal.com/2021/01/10/muhyiddin-masih-ada-sokongan-berbanding-91-ph

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo