NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan PN masih sah, ada sokongan mencukupi




10 JAN: Kerajaan di bawah Perikatan Nasional (PN) masih sah dan mempunyai jumlah Ahli Parlimen yang mencukupi untuk terus mentadbir negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kedudukan kerajaan tidak terjejas walaupun Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menarik sokongannya terhadap PN.

“Saya dapat maklumat penarikan sokongan itu menerusi media semalam. Saya juga tidak faham matlamat atau niat beliau itu macam mana… apapun kerajaan yang ada sekarang ini sah dan mempunyai bilangan (Ahli Parlimen) yang cukup.

“Yang penting ialah kerajaan ini berfungsi dengan baik sejak bermula pada Mac hingga sekarang.

“Rakyat juga boleh melihat bagaimana kerajaan sedia ada ini berfungsi dengan baik. Jadi kami (kerajaan) akan terus berkhidmat melalui organisasi kerajaan di semua peringkat,” katanya.

Beliau yang juga Setiausaha Agung PAS berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melakukan lawatan di Mahkamah Sesyen dan Majistret Setiu, Terengganu, hari ini.

Semalam, Ahmad Jazlan mengumumkan keputusan menarik diri daripada menyokong kerajaan PN selepas meletak jawatan Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) awal bulan ini.

Seperti yang dijelaskannya kepada PN BBC Portal, Ahmad Jazlan membuat keputusan rakyat itu demi kepentingan rakyat dan UMNO.

Sumber: http://www.pnbbcportal.com/2021/01/10/kerajaan-pn-masih-sah-ada-sokongan-mencukupi/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo