NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MN Sepakat Tiada Pertembungan Sesama Sendiri



Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor, mengesahkan bahawa MN sudah selesai membahagikan separuh kerusi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi memastikan tiada pertembungan di antara calon Pas dan calon UMNO.

Muhammad Sanusi berkata, pembahagian kerusi dalam MN dibuat berdasarkan kerusi yang dimenangi PAS atau UMNO pada PRU-14.

Beliau yang juga Menteri Besar Kedah berkata, prinsipnya ialah jika kerusi terbabit dimenangi UMNO sebelum ini, PAS tidak akan meletak calonnya dan begitu juga sebaliknya dengan UMNO.

“Disiplin PAS amat tinggi dan kita tak ada masalah bab itu dan saya ingat parti lain sama juga. Jika calon sebelum ini lompat parti, itu dikira rundingan lain dan ia terpulang kepada parti masing-masing untuk letak calon lain atau sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Perhimpunan Pagi Penjawat Awam Negeri Kedah dan Majlis Pelancaran Kempen Pembudayaan Norma Baharu Peringkat Kedah di Alor Setar, hari ini.

Sementara itu, berhubung kemelut UMNO dan Bersatu, Muhammad Sanusi berpandangan perbalahan di antara dua parti itu akan berlalu dan akhirnya gabungan MN dan Perikatan Nasional (PN) akan bertanding satu lawan satu menghadapi Pakatan Harapan (PH).

“Selepas ini, kita jangka keadaan akan kembali pulih. Umpama ribut dalam cawan, lama-lama ia akan habis juga,” jelasnya.

Sebelum ini, bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa, sebelum ini mengumumkan BN sudah mengadakan rundingan pembahagian kerusi dengan PN pada bulan lalu.

Pertemuan itu membabitkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sumber: http://www.pnbbcportal.com/2021/01/07/pru-15-mn-sepakat-tiada-pertembungan-sesama-sendiri/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo