Nak Rumah Kemas Selalu, Ikut Style Lelaki Ni Buat!



oleh: Redzuan Abd Manaf

Lihat rumah orang lain yang sentiasa nampak kemas dan bersih memanglah kita suka dan seronok, tapi sekadar suka sahaja tanpa buat sesuatu pasti tidak menjadi.

Jadi apa rahsianya?

Berkongsi cara atau style mengemas dari seorang lelaki bujang ini yang mengelarkan dirinya Pak Su, menarik juga untuk dipraktikkan.

Cubalah dulu buat kerja rumah mana yang mudah dan pasti lama-lama semuanya jadi rutin dan sekali gus rumah akan terlihat kemas, bersih sentiasa.

Ini perkongsiannya.

Guys.

Semalam paksu share cara arwah mak ayah didik paksu hingga jadi rajin buat kerja rumah. Hari ni paksu nak share cara paksu kemas rumah. Mungkin cara kita tak sama (berbeza), ada orang buat begini…..ada orang buat begitu, itu tidak jadi masalah. Semuanya betul dan tidak ada yang salah. Tapi ini style paksu (nak tiru…..silakan, tak nak ikut paksu tak marah).

1. Bangun je tidur paksu akan pastikan selimut dilipat, bantal disusun dan katil dikemas seperti sebelum malam pertama nikah. (Orang baru nak nikah kan katil dia cantik je kemas, lepas malam pertama huhhhhhh bersepah).

Amalkan dari awal, inshaallah ia akan jadi mudah.

2. Lepas guna tandas, paksu akan pastikan mangkuk jamban diflush. Cermin dan sinki dicuci/dilap, dinding-dinding/lantai disental dan alatan mandian disusun kemas tidak boleh bersepah. Susun mengikut ketinggian dan kategori (yang kenal paksu tahulah). Kahkahkah!!!

3. Rumah paksu tak ada mesin basuh. Jadi paksu amalkan cuci/basuh terus baju kotor yang dah dipakai dengan tangan (jimat dan mudah). Kalau korang ada mesin basuh lain ceritalah.

4. Jenis paksu lepas masak/makan, cawan, pinggan, kuali paksu terus cuci/basuh. Jadi dalam sinki paksu akan pastikan sentiasa bersih. Sebab manusia normal macam kita ni, semua ada penyakit “malas” (paksu pun 2×5 jugaklah). Bila dah bertimbun, dibiarkan lagi bertimbun……parah!!!

Paksu duduk bujang (ramai-ramai) paksu tahulah!!!




5. Sapu dan mop lantai (yang ni 2-3 hari sekali pun jadi dah). Sebab paksu tinggal rumah bujang bukan rumah kelamin/orang bernikah, jadi rumah paksu tak kotor sangatlah. Tapi untuk rumah berkeluarga yang ramai anak mungkin kena sapu setiap hari sebab mudah berpasir dan berhabuk (betulkan paksu kalau paksu salah).

Mop lantai tu paksu akan buat last sekali sebab tak nak lantai tu kotor lagi masa kita buat kerja gi mari gi mariiii…..(bahasa kelantan keluar dah).

Amalkan dulu yang mudah, kediankan yang payah. Inshaallah kerja rumah ni kacang sangatlah. Laki perempuan semua boleh buat, kalau betul cara didikannya, percayalah.


Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post