NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MBI Hadir Dengan Platform Khusus Untuk Aduan Berkaitan Kerosakan Jalan Raya



Selain daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kini Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) turut sama hadir dengan platform khusus – Aduan Pothole MBI. Perkhidmatan yang beroperasi 24 jam setiap hari itu berfungsi sebagai usaha memudahkan orang ramai untuk menyalurkan maklumat atau aduan berkaitan kerosakan jalan raya.

Platform ini dibangun kan oleh MBI sendiri dengan menggunakan aplikasi WhatsApp, URL dan kod QR – khusus buat penduduk sekitar daerah berkenaan. Melaluinya, pihak MBI turut menyediakan maklumat serta tatacara penggunaan aplikasi bagi memudahkan semua pihak. Pada masa sama, pihak MBI juga memohon kerjasama orang ramai untuk memberikan lokasi yang tepat serta sahih agar tindakan segera untuk kerja baikpulih dapat dilakukan dengan pantas.



Untuk makluman, aplikasi ini sudah boleh dilayari mulai hari ini dan aduan boleh dibuat menerusi talian Whatsapp : 017-4122113 atau klik pada pautan ini. Maklumat lebih lanjut, anda boleh layari laman sesawang, Facebook dan sejumlah aplikasi media sosial rasmi MBI untuk keterangan lanjut.




No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo