NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Majoriti orang Melayu mahu Umno kekal bersama PN, kata satu kaji selidik


Majoriti orang Melayu percaya Umno tidak patut menarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional, kata satu kaji selidik terbaru menjelang mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) malam ini bagi membincangkan desakan beberapa pemimpin yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Najib Razak untuk keluar daripada blok kerajaan.

Kaji selidik yang dilakukan oleh badan bebas Merdeka Center bermula dari 23 hingga 31 Disember, mendapati responden Melayu tidak bersetuju dengan cadangan Umno untuk menarik diri daripada PN, manakala hanya 21% bersetuju.

Keputusan sama ada Umno harus bersendirian dalam pilihan raya akan datang menunjukkan 51% orang Melayu bersetuju dan 36% mengatakan tidak bersetuju.

Secara amnya, 31% responden bersetuju supaya Umno meninggalkan PN manakala 44% menyatakan sebaliknya.

Mengenai sama ada Umno perlu bergerak secara sendiri, 39% setuju dan 41% tidak bersetuju.

Kaji selidik ini melibatkan 1,202 responden berumur 21 tahun ke atas dari seluruh negara, dengan penyertaan sama rata membabitkan lelaki dan wanita, meliputi kumpulan etnik daripada pelbagai latar belakang.

Beberapa pemimpin yang memihak kepada Najib mendesak ahli Parlimen Umno untuk menarik balik sokongan mereka kepada kerajaan dalam usaha memaksa pilihan raya umum mengejut diadakan segera.

Semalam, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menggesa ahli-ahli Parlimen meletak jawatan kerajaan sebelum Februari.

Ahli MKT Umno Tajuddin Abdul Rahman sebelum ini mendakwa dua pertiga daripada ketua bahagian parti itu di seluruh negara memilih untuk bertanding secara bersendirian pada pilihan raya umum akan datang, tetapi beliau tidak mendedahkan butiran kaji selidik itu.

Sumber: https://www.malaysianow.com/berita/2021/01/06/majoriti-orang-melayu-mahu-umno-kekal-bersama-pn-kata-satu-kaji-selidik/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo