NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kelompok Yahudi dalam pentadbiran baharu Joe Biden

DALAM situasi pandemik COVID-19, pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) yang ke-59 tetap diadakan pada 3 November 2020 yang lalu. Pilihan raya tersebut dikatakan sebagai salah satu antara pilihan raya yang paling sengit dalam sejarah AS dengan menyaksikan kekalahan Donald Trump dari Parti Republikan kepada Joe Biden dari Parti Demokrat (Sinar Harian: Nov 8, 2020).

Joe Biden telah memenangi pilihan raya tersebut dengan 290 undi elektoral berbanding dengan Donald Trump hanya 214 undi elektoral. Calon Demokrat yang berumur 77 tahun dan juga merupakan mantan Naib Presiden kepada Barrack Obama itu menggunakan tema ‘A Battle for the Soul of the Nation’ berjaya mencatatkan 74 juta undian dalam situasi pandemik Covid-19 dianggap sebagai pencapaian terhebat peribadi selepas hampir setengah abad terlibat di dalam politik (Berita RTM: Nov 8, 2020).

Di sebalik kemenangan Joe Biden yang dianggap berjaya menumbangkan Presiden Donald Trump yang penuh kontroversi itu, ada beberapa situasi yang agak kurang disenangi bagi Dunia Islam, malah tidak boleh menjamin keselamatan bumi Palestin yang semakin hari semakin parah dijarah oleh Zionis Yahudi.

Hal ini kerana, Presiden AS, Joe Biden mengisi kepimpinannya dalam beberapa bulan sebelum Hari Perasmian pelantikannya sebagai Presiden dengan membariskan setiausaha Kabinet, pembantu dan penasihat Kabinet yang kebanyakannya adalah berbangsa Yahudi.

Individu-individu dipilih adalah Yahudi Amerika yang mempunyai pengalaman berpuluh tahun dalam bidang pemerintahan, sains, perubatan dan undang-undang di Amerika (The Times of Israel: Jan 20, 2021). Menunjukkan bahawa diaspora Yahudi di Amerika telah bertapak lama dalam bidang-bidang strategik di Amerika terutamanya dalam struktur pentadbiran.

Namun yang pasti, pilihan di buat Biden telah membenarkan kumpulan pelobi Israel terus melobi dan menguasai dasar-dasar negara AS. Berikut merupakan senarai nama individu berbangsa Yahudi yang dilantik:

1. Anthony Blinken – Setiausaha Negara

2. Wendy Sherman – Timbalan Setiausaha Negara

3. Victoria Nuland – Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Politik

4. Eric Lander – Pengarah Pejabat Sains dan Teknologi Dasar

5. David S. Cohen – Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA)

6. Janet Yellen – Setiausaha Perbendaharaan

7. Merrick Garland – Peguam Negara

8. Alejandro Mayorkas – Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri

9. Avril Haines – Pengarah Perisikan Negara

10. Ronald Klain – Ketua Kakitangan Rumah Putih

11. Rachel Levine – Timbalan Setiausaha Kesihatan

12. Anne Neuberger – Keselamatan Siber Badan Keselamatan Negara

13. Rahm Emanuel – Setiausaha Pengangkutan

14. Rochelle Walensky – Ketua Pusat Kawalan Penyakit

Baru-baru ini, pada 20 Januari 2021, Kamala Harris, Timbalan Presiden AS sebelum ini telah berjanji akan menambah lagi tiga kerusi khusus untuk Senator berbangsa Yahudi dan telah melantik secara rasmi tiga individu tersebut, iaitu Raphael Warnock, Jon Ossoff, dan Alex Padilla sebagai Senator baharu bagi kabinet Biden dan ini menjadikan Chuck Schumer sebagai pemimpin berbangsa Yahudi Senat yang pertama di dalam sejarah AS (The Times of Israel: Jan 21, 2021).

Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel telah mengucapkan tahniah memuji kejayaan Joe Biden dan Kamala Harris, dan menganggapnya sebagai ‘A Big Friend of Israel’. Dalam satu ucapan Netanyahu

“I have a long and warm personal relationship with Joe Biden, almost 40 years, and I know him as a big friend of Israel,” he says. “I am sure we will continue to work with both of them to continue to strengthen the special Israeli-American alliance.”(The Times of Israel, Nov 8, 2020)

Tambahan pula, Joe Biden dan Kamala Harris sudah lama mempunyai ikatan dengan Yahudi kerana ahli keluarga mereka juga ada yang berbangsa Yahudi. Ketiga-tiga anak Joe Biden, iaitu Hallie, Ashley, dan Hunter telah berkahwin dengan individu berbangsa Yahudi, manakala suami kepada Kamala Harris, Doug Emhoff juga adalah berbangsa Yahudi (The Times of Israel: Nov 20, 2020).

Dapat dilihat, kelompok Yahudi bukan sahaja dilantik secara rasmi ke dalam pentadbiran tetapi ada yang mempunyai hubungan rasmi melalui perkahwinan dengan keluarga ahli politik sebagai tindakan untuk terus ‘mengawal’ peribadi pemimpin utama AS itu bagi memudahkan mereka terus melobi dasar-dasar negara AS.

Melihat kepada pemilihan kelompok zionis Yahudi di dalam kabinet Biden dan hubungan rapat keluarga sedia ada juga, bakal memperkukuhkan lagi hubungan diplomatik AS-Israel.

Selain dari normalisasi Israel yang berlaku dalam dunia arab, keadaan ini sudah pastinya menimbulkan kebimbangan kepada kedudukan Palestin sebagai sebuah negara yang berdaulat, malah akan terus membiarkan Israel menjarah lebih banyak tanah Palestin tanpa diambil sebarang tindakan.

Oleh itu, apakah wujudnya jaminan keselamatan buat Palestin dengan pelantikan Kabinet Biden ini?

Irfan Izhar
Kolumnis Fokus & Penyelidik IRIS Institute

Rujukan:

Berita RTM. November 8, 2020. Joe Biden Menang Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat. https://berita.rtm.gov.my/index.php/lifestyle/23164-joe-biden-menang-pilihan-raya-presiden-amerika-syarikat

Sinar Harian, Nov 8, 2020. Ironi Sebalik Pilihan Raya Presiden AS.


The Times of Israel, Jan 20, 2021. All the Jews Biden has Trapped for Top Roles in His New Administration. https://www.timesofisrael.com/all-the-jews-biden-has-tapped-for-top-roles-in-his-new-administration/

The Times of Israel, Nov 8, 2020. Netanyahu Hails Biden as ‘Big Friend of Israel’ at Start of Cabinet Meeting. https://www.timesofisrael.com/liveblog_entry/netanyahu-hails-biden-as-big-friend-of-israel-at-start-of-cabinet-meeting/

The Times of Israel, Dec 1, 2020. Biden Weighs Appointing Rahm Emanuel as Transportation Secretary. https://www.timesofisrael.com/biden-weighs-appointing-rahm-emanuel-as-transportation-secretary/

The Times of Israel, Jan 21, 2021. Harris Swears in 3 New Senators, Making Schumer First Jewish Majority Leader. https://www.timesofisrael.com/harris-swears-in-3-new-senators-making-schumer-first-jewish-majority-leader/

The Times of Israel, Nov 20, 2020. Meet Joe Biden’s Whole Big Jewish Mishpocha.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo