NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

“Anonymous Malaysia” beri amaran kedua lancar serangan siber


29 JAN : Kumpulan penggodam “Anonymous Malaysia” sekali lagi memberi amaran akan melancarkan serangan siber ke atas laman web kerajaan dan aset dalam talian yang digelar mereka sebagai #OpsWakeUp21.

Menurut kumpulan itu melalui satu rakaman video, serangan siber itu akan menjadi “wake-up call” buat kerajaan sebagai membalas dendam terhadap pelanggaran data dan penjualan maklumat peribadi orang ramai.

“Penipu terus menipu rakyat melalui e-mel, panggilan telefon, media sosial dan WhatsApp, termasuk menawarkan wang kepada rakyat serta mengugut mereka.

“Ini berpunca disebabkan pelayan kerajaan dan swasta yang mengandungi data sedemikian digodam serta dibocorkan dan data itu kemudiannya dijual kepada pihak ketiga.

“Kami tahu siapa anda. Kami prihatin terhadap negara kami, jika tiada tindakan diambil, netizen akan melakukannya. Kami tidak maafkan, kami tidak lupa, nantikan kami.” jelas suara latar di dalam video tersebut.

Susulan itu, polis berkata, mereka belum menerima sebarang laporan laman web kerajaan digodam susulan ancaman sebuah kumpulan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Zainuddin Yaacob bagaimanapun berkata, pihaknya melalui Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia sentiasa membuat pemantauan bagi memastikan kegiatan seumpama itu dapat dibendung.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo