NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DARURAT 2021



    1. Ini adalah pandangan peribadi saya yang tidak mewakili mana2 organisasi yang boleh di kaitkan dengan saya. Pandangan saya ini juga bukanlah yang paling betul dan paling tepat dari segi politik atau undang2. Ianya hanya tulisan kreatif saya sebagai hobi.

    2.Saya rasa, individu yg paling terkejut dengan Perisytiharan Darurat oleh YDPA adalah YAB PM sendiri.

    3.Kalau beliau dah di maklumkan bahawa YDPA akan mengisytiharkan darurat hari ini, tidaklah beliau bersusah payah mengumumkan PKP semalam.

    4.Baik beliau terus umum Darurat saja hari ini dan isu PKP dah tidak relevan lagi.

    5.Darurat mengatasi PKP. Hanya SOP PKP saja di pakai ketika darurat dan tiada lagi istilah PKP, PKPB, PKPP PKPD dsb.

    6.Hanya Ordinan Darurat yang di gubal di bawah Perkara 150 (2B) Perlembagaan Persekutuan di terima pakai.

    7.Pada saya, Darurat 2021 ini hampir sama dengan Darurat 1969 apabila YDPA akan melantik satu Jawatankuasa Bebas (ibarat MAGERAN) bagi menasihati Baginda.

    8.PM, Barisan kabinet serta semua anggota Parlimen telah di gantung.

    9.Oleh itu saya tak dapat bersetuju dengan Pendapat 3 pemimpin PH ini yg menyatakan Darurat Beri kuasa penuh kepada PM

https://m.malaysiakini.com/news/55866

10. Saya tak setuju kerana PM tiada lagi apa2 kuasa sekarang dan kuasa tertinggi Persekutuan adalah YDPA menurut Perkara 32 Perlembagaan iaitu YDPA adalah Kepala Utama Negara. 

11. PM juga tiada lagi kuasa Eksekutif sekarang kerana kuasa Eksekutif semasa tempoh darurat ini adalah terletak hak kepada baginda YDPA sendiri mengikut Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan di Baca bersama Perkara 150 (4) Perlembagaan Persekutuan . 

12. Jawatankuasa Bebas di bawah YDPA yang bakal di Tubuhkan di bawah Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan Inilah sebenarnya yang memegang kuasa penuh, bukan lagi Perdana Menteri. 

13. Oleh itu saya mencadangkan terma rujukan Jawatankuasa Bebas ini bukan sahaja meliputi isu membendung wabak Covid-19 tetapi hendaklah di perluaskan kepada memulihkan ekonomi Negara, menjajarkan semula kekalutan politik Negara, dan mengukuhkan ketenteraman Awam bagi mengembalikan keharmonian masyarakat. 

14. Indonesia telah membuktikan kemasukan berbilion pelaburan asing baru semasa zaman covid ini. Keyakinan Pelabur terhadap Malaysia hanya boleh di kembalikan oleh Jawatankuasa Bebas di bawah YDPA. 

15. Biarkan orang Politik terkurung murung di rumah masing2 dan biarkan mereka sedar bahawa mereka tiada kuasa apa2 apabila Rakyat bersama Raja Bersatu Mengajar mereka erti keharmonian. 

16. Sekali lagi saya tegakkan, Pendapat saya ini bukanlah yang paling betul tetapi Inilah pandangan yang paling jujur ikhlas dan berterusan terang dari hati saya. 

Tak suka tak apa, abaikan saja. 

Kalau suka sila share. 

Terima kasih. 

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz 

Aka Buzze Azam 

0129770412 

12 Januari 2021

Bandar Baru Sentul KL.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo