NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Apa maksud BATAL?



1. Apa maksud BATAL? - Acara/ program/ rancangan/peruntukan yang sudah dirancang atau sudah diluluskan kemudian ditarik balik atas sebab-sebab tertentu atau tanpa sebab- adalah termasuk dalam mksud BATAL atau dibatalkan atau Pembatalan.

Contohnya- Rombongan Pak Cik Sara ke Tapah yang dijadualkan pada 27 Januari 2021 menaiki bas sewa khas terpaksa dibatalkan di saat akhir kerana tidak cukup peserta yang berminat. Tambahan pula Pak Cik Sara mengalani cirit-birit yang berpanjangan sejak beberapa hari lalu.

2. Sesuatu event/acara/ peruntukan yang belum diberikan, tidak diluluskan atau tidak pernah diumumkan atas sebab-sebab yang munasabah - bukankan satu pembatalan. 

Contoh- Cuti peristiwa sempena Thaipusam tidak dipertimbangkan pada tahun ini di Kedah memandangkan seluruh rakyat sedang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Pandemik Covid yang semakin mengancam keselamatan nyawa di negeri ini. Pada tahun lalu (2020) juga ia tidak diberikan kerana Thaipusam jatuh pada hari sabtu. 

3. Cuti sempena Perayaan Thaipusam bukanlah satu cuti umum yang diwartakan di Kedah sejak dahulu kala lagi. 

Cuti peristiwa adalah cuti umum yang boleh dipertimbangkan untuk diberikan oleh kerajaan kepada pekerja sektor awam/pelajar atas sebab atau peristiwa tertentu bagi negeri itu.

4. Dakwaan bahawa cuti umum sempena Perayaan Thaipusam itu dibatalkan di Kedah pada tahun ini adalah tidak benar. Ia belum diberikan dan tidak dipertimbangkan untuk diberikan kerana Kedah sedang menghadapi PKP dan kes-kes Covid19 yang semakin meningkat.

5. Adapun pihak- pihak yang sengaja menggunakan ayat jahat - 'Menteri Besar Kedah membatalkan cuti Thaipusam' adalah pihak yang sengaja menimbulkan salah faham, mencipta kacau bilau dan mengharapkan kebencian berasaskan kaum dan agama dapat dikembangkan. Hasutan kepada menyuburkan kebencian, kekacauan dan meniup api kemarahan adalah pekerjaan syaitan. Sesunghuhnya syaitan adalah musuh yang nyata.

Sumber: https://www.facebook.com/N24MuhammadSanusiMdNor/posts/1305088066541819
( Hide )
  1. Cadangan buat mb kedah bagi meredakan keadaan. Berilah cuti keagamaan tanpa rekod kepada penganut hindu dikalangan penjawat awan. Yang beragama lain kerja lah seperti biasa. Bagi sektor swasta, terletak pada budi bicara majikan masing masing.

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo