NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Diet Untuk Pesakit Gout

oleh: Dr Zubaidi

Asid urik adalah bahan kumuh yang dihasilkan oleh tubuh selepas berlakunya pencernaan dan penghadaman makanan yang kaya dengan asid amino purine. Purine adalah asid amino yang terdapat dari sumber makanan berprotein.

Apabila kita makanan yang kaya dengan purine, tubuh tidak mampu membuang asid urik, kita berisiko diserang gout, atau (gouty arthritis, iaitu keradangan pada sendi. Ia menyebabkan sendi menjadi bengkak, sakit dan tidak boleh dibengkokkan.

Antara tips pemakanan yg boleh dilakukan adalah:
1. Ambil makanan yang mengandungi rendah lemak-trans (atau transfat) kerana ia merangsangkan proses keradangan.

2. Minum air kosong yang secukupnya membantu tubuh membuang asid urik melalui air kencing. Sekurang2nya 2.5 L sehari.

3. Elakkan makan aging merah dan organ dalaman dari haiwan berkaki empat.

4. Elakkan makanan laut dan ikan seperti ikan makeral, ikan sardin dan ikan bilis.

5. Elakkan mengambil kekacang kerana ia juga kaya dengan purine.

6. Air bergas dan makanan yang manis juga menyebabkan tahap asid urik menjadi tinggi.

7. Pengambilan cuka buah seperti cuka buah teen dapat membantu mengurangkan tahap asid urik dalam tubuh. Ia mengandungi asid malik yang memecahkan struktur asid urik. Campurkan satu sudu besar cuka teen bersama segelas air kosong. Boleh campurkan pemanis natural stevia jika tidak selesa dengan rasa masam. Ambil 4-6 gelas sehari.

8. Ambil buah-buahan berwarna seperti delima, strawberi atau buah naga kerana ia mengandungi *anthocyanin*, yang membantu menurunkan tahap keradangan pada sendi. Contoh ambil setengah gelas atau enam sudu jus delima (sekali hidangan).

9. Ambil banyak fibre dalam pemakanan seperti sayur dan buah2an yang menghalang penyerapan asid amino purine ke dalam tubuh.

10. Limau dan oren mengandungi asid sitrik dan vitamin C yang banyak bagus untuk menurunkan tahap asid urik. Vitamin C dan vitamin E juga menghalang keradangan dalam tubuh.

11. Minyak zaitun mengandungi sebatian polifenol yang tinggi, dapat menurunkan tahap keradangan dalam tubuh.

Selain itu kurangkan pengambilan alkohol dan menghisap rokok, serta menurunkan berat dan dapat mengurangkan risiko serangan gout.

Semoga bermanfaat.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo