NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

TunM dan Isteri Hadir Beri Penghormatan Terakhir , Jawab Teka-teki Warganet


KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menziarahi jenazah Allahyarhamah Tun Rahah Mohamad Noah di Masjid Ar-Rahah, Kerinchi dekat sini, pagi tadi.

Dr. Mahathir hadir bersama isterinya Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.

Menerusi gambar yang dikongsi oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pada akaun Twitternya hari ini, Datuk Seri Najib Tun Razak kelihatan berbicara sesuatu kepada Dr. Mahathir.


Kehadiran Ahli Parlimen Langkawi itu akhirnya menjawab persoalan warga net yang berteka-teki sejak semalam sama ada beliau akan memberi penghormatan terakhir kepada jenazah ibu Najib memandangkan hubungan dingin di antara dua bekas Perdana Menteri itu.

Dalam pada itu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut berkenaan berangkat untuk memberi penghormatan terakhir kepada isteri bekas Perdana Menteri kedua itu yang juga ibu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut kelihatan adalah pembesar dan kenamaan-kenamaan lain.

- MalaysiaGazette

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo