NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tun Rahah Meninggal Dunia Pada Usia 87 Tahun


KUALA LUMPUR, 18 Dis  -- Tun Rahah Mohamed Noah, isteri kepada Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak meninggal dunia hari ini.

Perkara itu disahkan oleh anaknya yang juga merupakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi laman sosial sebentar tadi.

"Innalillahiwainnailaihirojiun, bonda saya sudah tiada. Kami sekeluarga di hospital. Kesedihan dan air mata mengalir, tiada kata-kata untuk kehilangan ini," katanya dalam twitter dan facebook beliau hari ini.

Tun Rahah, 87, sebelum ini dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court untuk rawatan.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo