NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

SPRM Mula Siasatan Baru Kartel Daging Tidak Halal, Media Dedah Kartel Wujud Sejak 40 Tahun Lepas.

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Johor sudah membuka kertas siasatan berhubung isu penyeludupan daging import sebagaimana yang dilaporkan dalam media baru-baru ini.

SPRM memandang serius perkara itu kerana ia membabitkan isu kepentingan rakyat khususnya umat Islam di negara ini.

Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 16 dan Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.Kerjasama beberapa agensi seperti KPDNHEP, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan Kastam Diraja Malaysia akan diperolehi.

Fokus siasatan adalah terhadap isu pemalsuan borang Kastam 1 iaitu pengisytiharan barangan import serta amalan rasuah di kalangan agensi-agensi terlibat.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan berhubung siasatan tetapi meminta semua pihak untuk tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan.

Menurutnya, membincangkan isu ini di media massa akan menyukarkan siasatan SPRM dan sesiapa yang mempunyai maklumat diminta untuk tampil.

Media hari ini mendedahkan kegiatan kartel daging yang memberi rasuah terhadap pegawai kerajaan bagi membolehkan daging tidak halal dibawa masuk ke negara ini sejak 40 tahun lalu.

Ia menjadi isu apabila daging tidak halal ini menggunakan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (jakim) untuk memperdaya pengguna Islam di negara ini

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo