NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Salahuddin Ayub Buka Pekong Pakatan Harapan

Selama ini Pakatan Harapan, khususnya DAP, sangat kuat mengutuk tindakan mencuri Ahli-Ahli Parlimen parti-parti lain dan tindakan Ahli-Ahli Parlimen melompat parti ke parti-parti lain sehingga ke tahap mahu akta anti lompat parti digubal bagi menghalangnya.

Menariknya, malam tadi, Timbalan Presiden AMANAH merangkap Naib Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Salahuddin Ayub, tiga kali mengakui secara terbuka mengenai keaktifan Pakatan Harapan berusaha mencuri Ahli-Ahli Parlimen parti-parti lain.

Kali pertama disebut adalah mengenai “usaha yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan daripada sebelah sana beberapa kerusi lagi” yang didedah merupakan “keputusan yang kita telah capai dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan”.

Kali kedua disebut adalah mengenai “as a leader di dalam Pakatan Harapan kita mesti menggamit mereka” walaupun dikatakan bahawa “hari ini mungkin tak suka, hari ini mungkin mereka tidak berapa gembira, hari ini mungkin mereka ada masalah dengan kita”.

Paling menarik ialah pengakuan “untuk belah sana datang kepada kita, walaupun telah diusahakan, tak dapat lagi, sehingga ke akhir Hari Selasa tak boleh lagi, nak mintak mereka tak datang ke Parlimen pun tak boleh lagi, maknanya usaha dah dibuat tapi tak berjaya lagi.”

Jelas di sini Pakatan Harapan telah berusaha mencuri Ahli-Ahli Parlimen parti-parti kerajaan dan telah berusaha meminta Ahli-Ahli Parlimen parti-parti kerajaan tidak hadir ke Parlimen untuk menjatuhkan kerajaan, cuma ia “tak dapat lagi” dan “tak berjaya lagi”.

Perlu diingat, ungkapan “tak dapat lagi” dan “tak berjaya lagi” menggambarkan bahawa usaha mencuri Ahli-Ahli Parlimen parti-parti kerajaan dan usaha meminta Ahli-Ahli Parlimen parti-parti kerajaan tidak hadir ke Parlimen adalah sesuatu yang berterusan.

Tidak menghairankan jika usaha Pakatan Harapan mencuri Ahli-Ahli Parlimen parti-parti kerajaan dan usaha Pakatan Harapan meminta Ahli-Ahli Parlimen parti-parti kerajaan tidak hadir ke Parlimen akan dilipatgandakan lagi hingga “dapat” dan “berjaya”.

Shame on you, Pakatan Harapan, kerana mengecam tindakan Ahli-Ahli Parlimen BERSATU dan PKR berpindah menubuhkan kerajaan baru sedangkan ia dibuat secara sukarela tetapi kamu pada masa yang sama aktif mencuri Ahli-Ahli Parlimen parti-parti kerajaan!

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo