NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Presiden PAS Jawab 9 Isu Menarik Dari Dialog Bersama Media

Tengahari tadi melihat dan mendengar Dialog Media bersama TGHH. Antara perkara yang menarik dari sidang media TGHH. 

1. Isu Anwar ada 113 numbers. 

Kata TGHH, ini bukan kali pertama beliau membuat berita sedemikian. Kita tunggu berita yang sebenar, kita tak perlu terkapai-kapai buat keputusan sebelum hakikat sebenar berlaku.

2. Isu Menghadap Sultan Perak

TGHH memaklumkan bahawa, surat yang dipersembahkan kepada Sultan Perak telah pun diterima dan dijawab. TGHH tidak mahu mendedahkan lagi tarikh pertemuan tersebut, bila tiba masanya, beliau masuk menghadap. 

3. Satu kumpulan dalam UMNO ganggu-gugat Muafakat

TGHH jawab, PAS mengadakan Muafakat Nasional dengan UMNO diatas sifat parti, bukan kumpulan-kumpulan. Oleh kerana itu kita tak perlu mengambilkira kumpulan-kumpulan ini. 

Pertemuan yang kita buat adalah pimpinan yang rasmi dalam UMNO. Kumpulan kita tak terima, sebab tak rasmi. 

4. Apakah PAS bertanding atas tiket PN, jika BN nekad tanding sendiri. 

Jawab TGHH penuh senyum, bila hujan turun baru kita buka payung. Payung dah ada, bagaimana kita nak buka payung tu tengok ukuran dan size hujan yang akan turun. 

Bila disoal lagi, atas tiket PN atau BN?, TGHH jawab lihat kepada perbincangan rakan-rakan kita dalam PN dan MN. 

5. Bila bergaduh PPBM dan UMNO, PAS dilihat sebagai King Maker atau pendamai. 

Respon TGHH, yang penting kita menjalankan tugas untuk PERPADUAN nasional atau rakyat. Itu yang penting. 

6. Isu PAS makan dua kolam

TGHH ulas, kita sama-sama mendapat faedah dan sama-sama tunaikan tanggungjawab. Apa yang penting adalah kita dapat menubuhkan satu kerajaan yang berjaya, baik, telus dan menjalankan pentadbiran sebaik-baiknya. 

Bahkan TGHH menambah, dalam kabinet yang PAS pegang (menteri) kabinet, bukan sahaja PAS, tapi bersama rakan-rakan parti lain dalam kementerian yang dipegang PAS. Parti lain pegang kementerian lain, ada juga orang PAS dalamnya.  

7. Berapa kerusi yang PAS minta untuk PRU-15

Soalan agak menarik, dan seperti biasa jawapan TGHH, nanti hari penamaan calon. Huhu. 

8. Isu ada usaha-usaha mengganggu-gugat kestabilan kerajaan PN. 

Jawab TGHH, sehingga kini usaha-usaha mereka gagal, seperti undi dasar belanjawan dan undi peringkat jawatankuasa, kita tetap menang walau tipis. Mereka berusaha itu gagal. 

9. Ada pihak kata PAS telah lari dari perjuangan sejak masuk kerajaan. 

Jawab TGHH, ahli-ahli PAS sentiasa dimuhasabah dalam muktamar. Dan, kini jika kita turun ke peringkat akar umbi, jentera-jentera parti memberikan respon positif terhadap peranan PAS dalam kerajaan. 

Menarik gaya jawapan TGHH, ringkas dan jelas. Jom kita pakat dalami dan belajar gaya politik TGHH. Kena banyak perhati dan baca buku-buku penulisan TGHH, nak tengok buku-buku TGHH, rujuk komen. 

Ahmad Fahmi Mokhtar.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo