NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Petanda Baru Kedudukan Bekas MB Perak di Pusat?


Adakah ada petanda baru apabila twitter astro awani cuba menonjolkan penglibatan bekas MB Perak di parlimen ?

 "Jumpa di Seri Satria," Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pernah berseloroh ketika mengumumkan meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama seluruh barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tempohari

Seri Satria adalah kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri yang terletak di Putrajaya.

Beliau mengucapkan kata-kata seloroh itu selepas sidang media di kediaman lama Menteri Besar untuk memaklumkan sudah menyembah surat peletakan jawatan itu kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah semasa menghadap baginda di Istana Kinta.


Sebelum ini tular poster dengan kata-kata mengucapkan tahniah kepada Ahmad Faizal yang juga Ahli Parlimen Tambun yang kononnya akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Ahmad Faizal, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chenderiang gagal mendapat sokongan dalam usul undi kepercayaan majoriti ahli dewan terhadap Menteri Besar pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) semalam.

Beliau hanya mendapat sokongan 10 undi berbanding 48 menentang, manakala satu berkecuali terhadap usul itu yang dibawa Datuk Abd Manap Hashim (BN-Pengkalan Baru).

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo