NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mahkamah Tolak Permohonan Mencelah Najib

Hari ini Mahkamah Persekutuan memutuskan tidak membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mencelah dalam prosiding semakan kehakiman bekas UTK, Azilah Hadri yang ingin mengetepikan sabitan serta hukuman mati terhadapnya atas pertuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Panel hakim yang terdiri daripada Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed dan empat Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh, Datuk Vernom Ong Lam Kiat, Puan Seri Zaheha Yusof dan Datuk Zabariah Mohd Yusof membuat keputusan itu selepas mendengar hujah kedua-dua pihak.

Pendakwaan dikendalikan oleh Datuk Mohd Dusuki Mokhtar sementara Najib diwakili Tan Sri Muhammad Shafie Abdullah.

Terdahulu, Muhammad Shafie memberitahu mahkamah, anak guamnya itu berhak mencelah dalam prosiding semakan kehakiman itu memandangkan nama beliau disebut dalam akuan bersumpah (SD) setebal 32 muka surat yang dikemukakan Azilah pada 5 Disember 2019.

Dalam SD itu, Azilah mendakwa bahawa arahan untuk membunuh Altantuya adalah daripada Najib yang ketika itu menyandang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Memandangkan tuduhan yang dilemparkan itu adalah terlalu berat dan serius, beliau berkata ia bakal memberi kesan langsung serta menjejaskan reputasinya anak guamnya itu.

Sementara itu, Mohd Dusuki berkata meskipun mahkamah mempunyai kuasa dan hak untuk membenarkan pencelahan namun mahkamah tidak sewenang-wenangnya membenarkan sesiapa untuk berbuat demikian dalam kes jenayah.



No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo