NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS Perak Akan Patuhi Keputusan PAS Pusat - Razman

IPOH: Pas Perak akan mematuhi keputusan Pas Pusat berhubung pembentukan kerajaan baharu negeri Perak.

Pesuruhjaya Pas Negeri Perak, Razman Zakaria berkata, pihaknya menyerahkan dan akan menuruti segala maklum balas yang akan dikeluarkan oleh pihak Pas Pusat.

“Justeru, segala pendirian rasmi daripada Pas Perak berkaitan pembentukan kerajaan negeri Perak adalah selari dengan apa yang diputuskan oleh Pas Pusat,” katanya dalam kenyataan yang dimuatnaik di twitter peribadinya pagi tadi


Pada Jumaat, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata partinya menetapkan untuk tidak menyertai usaha pembentukan Kerajaan Negeri Perak yang baharu.

Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Isnin malam pula memutuskan agar kerajaan Perikatan Nasional (PN) Perak terus dipertahankan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam satu kenyataan juga memaklumkan kerjasama tersebut melibatkan ADUN UMNO, PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Kemelut politik negeri ini bermula selepas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan majoriti ADUN dalam usul keyakinan terhadap menteri besar yang dikemukakan pada sidang DUN, Jumaat lepas.

Dalam undian sulit yang dijalankan, Ahmad Faizal yang juga yang juga Timbalan Presiden Bersatu dan ADUN Chenderiang, hanya mendapat 10 undi, berbanding 48 menolak manakala satu berkecuali.

DUN Perak merangkumi 25 ADUN BN yang kesemuanya daripada UMNO, DAP (16), Amanah (5), Bersatu (5), PKR (3) dan Pas (3), manakala Gerakan dan Bebas masing-masing satu kerusi.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo