NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sambutan Ulang Tahun Ke-33 Hamas Secara Maya

7 DIS: Acara sambutan ulang tahun ke-33 Hamas kali ini akan dianjurkan secara maya berikutan pandemik COVID-19.

Memetik laporan Palestinian Information Center, ketua aktiviti awam Hamas, Mohamed Al-Turk berkata, tidak perhimpunan beramai-ramai akan dianjurkan tahun ini.

Menurut beliau, hanya beberapa orang wartawan sahaja yang dibenarkan membuat liputan perasmian acara tersebut.

“Pengumuman akan dibuat dalam sidang media pada 13 Disember ini di pekarangan rumah pengasas Hamas yang syahid, Sheikh Ahmed Yassin,” katanya kepada Quds Press.

Dalam perkembangan sama, stesen televisyen satelit al-Aqsa akan menyiarkan ucaptama Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haneyya pada 14 Disember selain tayangan mengenai pergerakan pembebasan Palestin itu dan sejarahnya.

Slogan untuk sambutan ulang tahun ke-33 Hamas adalah ‘Palestin… Di Bawah Naungan Mereka Yang Merdeka.”

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo