NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pertandingan Ratu Cantik : Mengapa Fatwa Sydah Tidak Lagi Dihormati dan Ditakuti?


Bahawa wanita Islam adalah diharamkan menyertai pertandingan ratu cantik telah difatwakan secara rasmi oleh kerajaan.
Di Selangor, fatwa berbunyi “Adalah haram bagi wanita Islam menyertai apa-apa jenis pertandingan ratu cantik” telah diwartakan pada 11 Mei 1995.
Di Wilayah Persekutuan pula, fatwa berbunyi “Adalah haram dan berdosa bagi orang Islam menyertai atau menganjurkan atau menyumbangkan apa-apa bentuk sumbangan untuk penganjuran apa-apa pertandingan ratu cantik” telah diwartakan pada 8 Februari 1996.
Dua wanita Islam bernama Fahyu Hanim Ahmad dan Noni Mohamad yang melanggar fatwa ini dengan menyertai pertandingan ratu cantik di Hotel Holiday Villa, Petaling Jaya, pada 13 Jun 1997 juga telah pernah didenda sebanyak RM1400 atau 4 bulan penjara serta diperintah berkelakuan baik selama 6 bulan.
Malangnya, daripada senarai 13 peserta pertandingan ratu cantik “Miss/Mrs Plus Malaysia 2020’s Grand Finale Gala Night” yang akan berlangsung di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur, pada 2 Januari ini, masih ada lagi nama-nama wanita Islam terpapar.
Boleh semak sendiri nama-nama mereka: Melissa Tyndall, Aleena Shahman, Helenah Abdul Hatta, Jeishwari Balbir Singh, Nicol Gomez, Punitha Peruma, Nadia Rosli, Emilia Josephine Masiun, Abiramy Ramasamy, Dayshendri P Pecquan, Lianne Alychia Hendriks, Belinda Halime dan Maira Tajudin.
Malang sekali bila fatwa sudah tidak lagi dihormati dan ditakuti oleh umat Islam sendiri.
Soalnya ialah mengapa?







No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo