NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Parti Dalam Perikatan Nasional Setuju Tubuh Majlis Presiden

Pengerusi Perikatan Nasional, YAB Tan Sri Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin telah mempengerusikan satu mesyuarat antara ketua-ketua parti dalam Kerajaan Perikatan Nasional pada Khamis, 17hb. Disember 2020.

Ketua-ketua Parti yang hadir pada mesyuarat tersebut adalah YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi(Presiden UMNO), YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Presiden PAS), YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong (Presiden MCA), YB Prof. Dato’ Seri Dr. Sim Kul hian (Presiden SUPP) dan YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili (Presiden PBS).
Turut hadir mewakili ketua-ketua parti yang lain adalah YB Datuk Amar Haji Awang Tengah (Timbalan Presiden PBB), YBhg. Datuk Joseph Salang Gandum (Timbalan Presiden PRS), YB Tuan Arthur Joseph Kurup (Timbalan Presiden PBRS), YBrs. Tuan Edward Dagui (Timbalan Presiden SAPP), YB Datuk Paul Igai (Naib Presiden PDP), YBhg. Datuk Asojan Muniyandy (Setiausaha Agung MIC) dan YB Senator Datuk Guan Dee Koh Hoi (Setiausaha Agung STAR).
Dalam mesyuarat tersebut, parti-parti dalam kerajaan Perikatan Nasional bersetuju sebulat suara untuk menubuhkan satu Majlis Presiden yang akan dianggotai oleh ketua-ketua parti masing-masing sebagai platform untuk membincangkan dasar-dasar kerajaan dan mengukuhkan kerjasama antara parti-parti dalam kerajaan.

Bagi menyelaraskan Majlis Presiden tersebut, satu sekretariat yang dianggotai oleh semua Setiausaha Agung parti-parti dalam kerajaan Perikatan Nasional juga ditubuhkan.
Pada mesyuarat itu juga, parti-parti dalam kerajaan Perikatan Nasional turut membincangkan pembentukan sebuah kerjasama politik yang kukuh bagi mewujudkan kestabilan politik demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Dato’ Seri Hamzah Zainudin
Sekretariat Setiausaha Agung
Parti-Parti Dalam Kerajaan Perikatan Nasional  

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo