NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Parlimen Taiwan Kecoh Pembangkang Baling Usus Babi


28 NOV: Sidang Parlimen Taiwan semalam kecoh apabila wakil rakyat pembangkang melemparkan organ dalaman babi sebagai simbolik bantahan tergadap keputusan kerajaan melonggarkan sekatan import haiwan tersebut dari Amerika Syarikat (AS).

Memetik laporan AFP, sebelum kejadian, wakil rakyat pembangkang melonggokkan beberapa baldi berisi organ dalaman babi dalam dewan Parlimen.

Mereka kemudian mula melempar usus, jantung, hati dan organ lain kepada para penyokong kerajaan.

Baru-baru ini, kerajaan Taiwan mengumumkan negara itu akan membenarkan import babi dari AS bermula 1 Januari tahun depan walaupun haiwan ternakan itu diberi makanan mengandungi bahan kimia Ractopamine.

Banyak pihak di Taiwan menentang import daging babi dari AS dan KMT bertindak memperjuangkan isu berkenaan selepas mengalami kekalahan pilihan raya.

Minggu lalu, mereka menyertai puluhan ribu orang dalam perhimpunan buruh tahunan yang dianjurkan, dengan tentangan import daging babi menjadi tema utama.

Wakil rakyat pembangkang, Lin Wei-chou, memberitahu wartawan bahawa DPP mengkritik perbuatan KMT dan menganggap parti kerajaan itu sebagai hipokrit.

“Kami mohon maaf kerana melontar organ dalaman babi di Parlimen tetapi ini adalah cara meraih tumpuan terhadap isu ini” katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo