Responsive Ad Slot

Palsu Penyata Bank Untuk Projek : Pengarah Usrusan Mengaku Tidak Bersalah

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan berkenaan di Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah, Alor Setar pada tarikh 23 Julai 2018. - Astro AWANI
ALOR SETAR: Seorang pengarah urusan sebuah syarikat mengaku tidak bersalah atas tuduhan memalsukan penyata bank bagi tempoh tiga bulan iaitu bermula Mac 2018 sehingga Mei tahun yang sama.

Tertuduh, Naim Arshad, 33 tahun membuat pengakuan berkenaan selepas jurubahasa membacakan pertuduhan di hadapan Hakim Murtazadi Amran di Mahkamad Sesyen Alor Setar pada Rabu.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh dudakwa menggunakan dokumen palsu iaitu penyata bank syarikat bagi bulan Mac hingga Mei 2018 bagi permohonan tender Perkhidmatan Sokongan Klinik (PSK) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Negeri Kedah.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan berkenaan di Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah, Alor Setar pada tarikh 23 Julai 2018.

Sehubungan itu, Naim didakwa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan (KK) yang boleh dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 465 Kanun yang sama.

Hakim Murtazadi Amran kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh juga diarahkan menyerahkan pasport dan melaporkan diri di pejabat SPRM berdekatan setiap bulan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 2 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Tan Sew Ping, manakala tertuduh diwakili peguam, Md Yunos Syariff.

- Astro awani

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo