NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mohamad Aziz, Bekas Ahli Parlimen Sri Gading Meninggal Dunia


Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Tan Sri Mohamad Aziz, menghembuskan nafasnya yang terakhir jam 9.50 malam tadi

Allahyarham yang juga bekas ahli parlimen Sri Gading meninggal dalam usia 80 tahun di Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru. 

Umno Johor pada hantaran di Facebook mengesahkan berita pemergian allahyarham.

Perkara ini turut disahkan anaknya, Yusof Mohamad Aziz sebentar tadi. Allahyarham berusia 80 tahun.

“Dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda saya Tan Sri Mohamad Aziz baru sahaja meninggal dunia sebentar tadi di Hospital Sultan Ismail, JB.

"Jenazah akan dibawa ke rumah Nong Chik, Johor Bahru. Jenazah akan di kebumikan esok Jumaat,” ujarnya menerusi satu kiriman WhatsApp.

Mohamad pernah menjawat timbalan pengerusi tetap Umno bagi sesi 2008 ke 2011, selain bekas ketua Umno Bahagian Sri Gading.

Allahyarham menyandang kerusi parlimen Sri Gading selama tiga penggal dari 1999 ke 2013 dan kemudian menjadi speaker DUN Johor dari 2013 ke 2018.



No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo