NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ketetapan Baharu Pelaksanaan Solat Jumaat Dan Solat Lima Waktu Serta Penganjuran Aktiviti Keagamaan Di Masjid, Surau Jumaat Dan Surau Wilayah-Wilayah Persekutuan Di Zon Hijau, Kuning, Jingga Dan Merah Mulai 10 Disember 2020


Sukacita dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah mengampuni perkenan pelaksanaan solat Jumaat dan solat fardu lima waktu serta penganjuran aktiviti keagamaan di masjid, surau Jumaat dan surau Wilayah-Wilayah Persekutuan seperti berikut:

A.Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)

i.Masjid dan surau Jumaat di zon hijau, kuning dan jingga dibenarkan solat Jumaat dengan bilangan jemaah mengikut kapasiti masjid dan surau Jumaat, manakala solat fardu lima waktu dibenarkan  dengan kapasiti 1/3 dari keluasan dewan solat utama tertakluk penjarakan fizikal 1 meter.

ii. Masjid dan surau Jumaat di zon merah dibenarkan solat Jumaat dengan bilangan maksimum 12 orang jemaah dan solat fardu lima waktu dengan bilangan maksimum 3 orang jemaah tertakluk penjarakan fizikal 1 meter.

iii. Surau di zon hijau, kuning dan jingga dibenarkan solat fardu lima waktu dengan kapasiti 1/3 dari keluasan dewan solat utama, manakala di zon merah dengan bilangan maksimum 3 orang jemaah tertakluk penjarakan fizikal 1 meter. 

B.Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

i.Masjid dan surau Jumaat di zon hijau, kuning dan jingga dibenarkan solat Jumaat dengan kapasiti 1/3 dari keluasan dewan solat utama, manakala solat fardu lima waktu dibenarkan  dengan bilangan maksimum 40 orang jemaah tertakluk penjarakan fizikal 1 meter.

ii. Masjid dan surau Jumaat di zon merah dibenarkan solat Jumaat dengan bilangan maksimum 12 orang jemaah dan solat lima waktu dengan bilangan maksimum 3 orang jemaah tertakluk penjarakan fizikal 1 meter.

iii. Surau di zon hijau, kuning dan jingga dibenarkan solat fardu lima waktu dengan kapasiti 1/3 dari keluasan dewan solat utama, manakala di zon merah dengan bilangan maksimum 3 orang jemaah tertakluk penjarakan fizikal 1 meter. 

C.Aktiviti Keagamaan

Masjid, surau Jumaat dan surau di zon hijau, kuning dan jingga di kawasan PKPP atau PKPB dibenarkan mengadakan aktiviti keagamaan seperti kuliah, tazkirah, kelas pengajian Quran dan seumpamanya, manakala masjid, surau Jumaat dan surau di zon merah tidak dibenarkan.
Ketetapan ini berkuat kuasa mulai 10 Disember 2020.

Sekian, terima kasih.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo