EU Luluskan Penggunaan Vaksin Pfizer-Biontech

COVID-19: EU luluskan vaksin Pfizer-Biontech
Penghantaran vaksin dijangka bermula pada Sabtu ini, dengan program vaksinasi bermula di serata EU pada 27 Disember. - REUTERS
KESATUAN Eropah (EU) meluluskan penggunaan vaksin COVID-19 buatan Pfizer-Biontech untuk 27 negara di blok berkenaan.
Suntikan pertama dijangka selepas Krismas dan EU melihat ia mampu memberikan satu permulaan baharu untuk 2021.Keputusan EU dibuat hanya beberapa jam selepas Agensi Perubatan Eropah (EMA) mengumumkan vaksin berkenaan menepati piawaian keselamatan dan kualiti.
Penghantaran vaksin dijangka bermula pada Sabtu ini, dengan program vaksinasi bermula di serata EU pada 27 Disember.
“Seperti yang selalu dikatakan sepanjang pandemik ini, kita menghadapinya bersama.
"Justeru, vaksinasi boleh bermula pada masa yang sama dengan vaksinasi Kesatuan Eropah pada 27, 28 dan 29 Disember.
“Ini cara yang cukup baik untuk mengakhiri tahun ini yang amat perit dan akhirnya mengubah situasi COVID-19 ini,” kata Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula Von Der Leyen.
Pada awalnya, EMA menetapkan 29 Disember untuk menilai vaksin tersebut.
Namun, ia diawalkan selepas tekanan daripada kerajaan Jerman dan lain-lain untuk bertindak lebih cepat.
Vaksin yang sama telah diluluskan di Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom, dengan program vaksinasi telah dilancarkan bagi petugas kesihatan dan golongan berisiko.
- Astro awani
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post