NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

China Negara Ketiga Bawa Sampel Batu Dari Bulan

KAKITANGAN CNSA memeriksa kapsul kapal angkasa, Chang'e-5 yang mendarat di Siziwang Banner di Wilayah Autonomi Inner Mongolia. - AFP

WASHINGTON: China kini menjadi negara ketiga di dunia ini yang berjaya membawa pulang sampel batu dari bulan.

Lapor CNN, berdasarkan agensi berita, Xinhua, misi Chang’e-5 berjaya pulang ke Bumi dengan membawa sampel mineral bulan pertama negara itu, pada awal pagi Khamis (waktu tempatan).      

Sampel tersebut diambil dari permukaan bulan yang belum diterokai sebelum ini dan juga dilihat sebagai sampel pertama diperoleh oleh mana-mana negara sejak tahun 1970an.

Menurut Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas Kebangsaan China (CNSA), kapsul kapal angkasa itu mendarat di Siziwang Banner yang terletak di Wilayah Autonomi Inner Mongolia sebelum pukul 2 pagi (waktu Beijing). 

Kapal angkasa lepas yang dinamakan sempena dewa bulan mitos Cina, berlepas dari Tapak Pelancaran Angkasa Lepas Wenchang di Hainan, China pada 24 November lalu.

Chang’e-5 mendarat di kawasan berhampiran bulan, di atas dataran lava yang dikenali sebagai Oceanus Procellarum atau Ocean of Storms pada 1 Disember lalu.

Sampel yang diambil itu boleh membantu saintis memahami lebih lanjut mengenai asal usul bulan, pembentukan dan aktiviti gunung berapi di permukaannya.

Selepas kapsul itu mendarat di bumi, ia akan diterbangkan ke Beijing dan sampel bulan itu akan dihantar kepada pasukan penyelidik untuk dikaji.

Timbalan Pengarah di CNSA, Pei Zhaoyu berkata, China juga akan membenarkan sebahagian sampel itu diberikan kepada saintis luar negara.

Jelas Zhaoyu, para saintis China telah membuat perancangan untuk menerokai bulan pada masa akan datang, termasuk projek membina stesen penyelidikan saintifik di bulan.  

- utusan

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo