NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

ASB Umum Dividen 4.25 sen, Terendah Sejak Diperkenalkan


Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan agihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) berjumlah 4.25sen seunit untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020.

Pengumuman berkenaan dibuat secara maya oleh Pengerusi PNB, Dr Zeti Aziz hari ini.

Ia merangkumi pengagihan pendapatan 3.50 sen seunit dan bonus 0.75 sen seunit membabitkan pembayaran RM7.65 bilion kepada 10.2 juta pelabur.

Selain itu Dr Zeti Aziz turut mengumumkan pembayaran khas ihsan 0.75 sen untuk 30,000 unit pertama sempena ulang tahun ASB ke-30 tahun.

Agihan pembayaran dividen tahun ini adalah yang terendah sejak ASB diperkenalkan pada 1990.

Dr Zeti Aziz dilapor berkata, di sebalik pasaran kewangan yang tidak stabil, ASB terus memberi pengagihan kompetitif tahun ini dengan aset di bawah pengurusan (AUM) meningkat sebanyak 2.7 peratus kepada RM320.5 bilion.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo