Responsive Ad Slot

Antara RM60 K Atau RM1.2 Juta Bila Umur Saya 55 Tahun. Ini Fakta KWSP Saya.


Ini antara fakta jawapan kepada tanggapan "KELUAR KWSP SEKARANG NANTI MISKIN SELEPAS PENCEN". 

Jika wang KWSP saya berjaya dikeluarkan sekarang, insyallah saya mampu membina minimum 7 buah rumah kedai di atas tanah pusaka arwah emak saya di Marang. Tanah tersebut sangat strategik kerana di tepi jalan utama. Income anggaran ialah RM1200 X 5 = RM8400 sebulan. Setahun RM100,800. 

Anggaran saya boleh keluarkan wang itu dalam 12 tahun lagi. Jadi jika wang itu dalam tangan saya sekarang, 12 tahun lagi saya akan dapat pulangan RM1.2 juta, iaitu RM100,800 x 12 tahun. Tapi semua itu mimpi je lah sekarang. 

Realiti sekarang, anggaran dividen yang saya akan dapat sekitar RM60k. Plus minus susut nilai, maybe kuasa beli total KWSP adalah par (kosong). 

Tetapi jika saya dapat sekarang, RM100,800 setahun × 12 = RM1,209,600 atau RM1.2 juta. Selepas 12 tahun, income terus kekal pada kadar RM100,800 setahun manakala pengeluaran KWSP pada waktu itu mungkin hanya mampu membina 3 buah rumah kedai sahaja. 

Sebab itu nabi perintah, biarkan tuannya tentukan ke mana nak dibelanjakan wang miliknya. Hatta kerajaan jangan menyibuk urusan wang rakyat yg menjadi hak mereka. 

Ini fakta dan realiti.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo