NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Adun PAS Memohon Penangguhan Mengadap Sultan Perak

Tiga Adun PAS Perak mengambil keputusan menangguh mengadap Sultan Perak berikutan belum mendapat sebarang keputusan daripada PAS Pusat.

Dalam satu hantaran di Twitter milik YB Hj Razman yang merupakan Pesuruhjaya PAS Perak.

Pihaknya menyerahkan dan akan menuruti segala maklum balas yang akan dikeluarkan oleh pihak Pas Pusat.

“Justeru, segala pendirian rasmi daripada Pas Perak berkaitan pembentukan kerajaan negeri Perak adalah selari dengan apa yang diputuskan oleh Pas Pusat,” katanya dalam kenyataan yang dimuatnaik di twitter peribadinya pagi tadi

Sehubungan dengan itu, laporan media yang mengatakan PAS Perak batal mengadap adalah tidak benar sama sekali. 

Adalah menjadi kejanggalan jika masuk mengadap Sultan, tetapi tiada keputusan untuk dipersembahkan. Sehingga kini, masih tiada majoriti bagi mana-mana parti untuk pencalonan MB Perak yang baharu. 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo