Ringkasan Inti Pati PENTING Belanjawan 2021 KHUSUS Buat Wanita


Pengumuman bajet 2021 cukup dinantikan rakyat setiap tahun. Apatah lagi tahun ini pengagihan bajet lebih mencabar, susulan pandemik Covid-19 dan ramai rakyat yang terkesan terutamanya dari sudut ekonomi. Oleh itu, setiap sen yang diperuntukkan seharusnya dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Pembentangan belanjawan negara untuk tahun 2021, diumumkan oleh Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat petang tadi bertemakan ‘Teguh Kita, Menang Bersama’.

Sempena pembentangan belanjawan ini ramai pihak termasuk golongan wanita tidak terkecuali ingin mengetahui manfaat dan kepentingan yang bakal diperolehi.

Antara ringkasan inti pati PENTING belanjawan KHUSUS bagi memperkasa golongan Wanita golongan wanita seperti berikut;

1. Memperkasa Usahawan Wanita
Sejumlah RM95 juta ringgit pembiayaan mikro kredit khas disediakan melalui TEKUN, MARA dan AgroBank.

RM50 juta disediakan di bawah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia YaPEIM bai menyokong aktiviti pembiayaan Islam melalui Ar-Rahnu BizNita.

Program bimbingan terutama dalam aspek pembungkusan dan pelabelan strategi pemasaran serta bimbingan teknikal perniagaan juga akan diberikan kepada lebih 2,000 usahawan wanita melalui Program Pembangunan Perniagaan Usahawan Mikro atau BizMe.

Kerajaan akan menyediakan program khusus untuk kontraktor wanita Bumiputera bagi meningkatkan penglibatan dalam kontrak Kerajaan.

2. Tangani Keganasan Rumah Tangga
Kerajaan akan menyediakan Pusat Sokongan Sosial Setempat dengan peruntukan RM21 juta. Pusat ini dengan kerjasama NGO akan menyediakan perlindungan sosial dan sokongan moral kepada golongan wanita terutamanya dalam mendepani masalah keganasan rumah tangga, penceraian dan penderaan.

3. Perkhidmatan Penjagaan Kanak-Kanak
Bagi menambah baik sistem sokongan sedia ada buat petugas barisan hadapan dan golongan ibu bekerjaya, RM30 juta disediakan untuk menyediakan taska di bangunan-bangunan Kerajaan, terutamanya di hospital.

Bagi sektor swasta, geran padanan sehinggan RM20 juta akan disediakan untuk menggalakkan sektor swasta menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak di premis.

4. Subsidi Saringan Kanser Serviks & Ujian Mamogram
RM10 juta diperuntukkan bagi program saringan kanser serviks dn insentif subsidi ujian mamogram kepada wanita berisiko tinggi mndapat kanser payudara.

Di samping itu, antara inti pati lain yang menarik memberi manfaat buat individu dan isi rumah pula antaranya;

One-Off RM500 Untuk Anggota Barisan Hadapan
Pemberian one-off sebanyak RM500 bagi menghargai jasa anggota-anggota barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia.

2. KWSP
Kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada akaun 1 secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 untuk 12 bulan bagi ahli yang terjejas kehilangan pekerjaan. Ahli yang layak boleh memohon mulai Januari 2021.
Kadar caruman minimum KWSP pekerja dikurangkan daripada 11 peratus kepada 9 peratus mulai Januari 2021 untuk tempoh 12 bagi meningkatkan pendapatan boleh guna.

3. Penambahbaikan Bantuan Kebajikan Bulanan;

a) Kadar Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja dinaikkan daripada RM250 keada RM300

b) Kadar Bantuan Warga Emas dan Bantuan Penjagaan OKU dan Pesakit Kronik Terlantar dinaikkan daripada RM350 kepada RM500.

c) Kadar Elaun Pekerja OKU dinaikkan daripada RM400 kepada RM450

d) Kadar Bantuan Kanak-Kanak Keluarga Miskin dinaikkan daripada RM100 seorang anak dengan maksimun RM450 sekeluarga kepada RM150 seorang anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun atau RM200 seorang anak berumur enam tahun dan ke bawah dengan maksimum RM1,000 sekeluarga.

4. Bantuan Sara Hidup digantikan kepada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR):

Pendapatan Kurang RM2,500
Isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dan mempunyai sehingga seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM1,200 manakala isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM1,800.

Pendapatan RM2,501- RM4,000
Isi rumah berpendapatan bulanan antara RM2,501 hingga RM4,000 dan mempunyai dan mempunyai sehingga seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM800 manakala isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM1,200.

Pendapatan RM4,001- RM5,000
Isi rumah berpendapatan bulanan antara RM4,001 hingga RM5,000, kategori ini akan menerima RM500 bagiyang mempunyai sehingga seorang anak dan bantuan sebanyak RM750 kepada isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih.

Individu Bujang Pendapatan Kurang RM2,500
Individu bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah pula, akan menerima bantuan RM350. Had umur kelayakan individu bujang juga diturunkan kepda 21 tahun berbanding syarat sebelum ini iaitu, 40 tahun.

5. Bantuan Bayaran Bersasar
Institusi perbankan akan menambah baik Bantuan Bayaran Bersasar kepada peminjam kategori B40. Peminjam dalam kategori ini akan diberi pilihan:

Opsyen 1: Menangguhkan ansuran bulanan selama 3 bulan; atau

Opsyen 2: Pengurangan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan.
6. Program eBelia Kredit RM50

Program eBelia akan mengkreditkan RM50 secara one-off ke dalam akaun e-wallet bagi mereka yang berumur 18 hinga 20 tahun.
7. Pelepasan Cukai

Bagi menggalakkan ibu bapa menyimpan untuk membiayai kos pendidikan tinggi anak-anak, pelepasan cukai sehingga RM8,000 bagi simpanan bersih Skim Simpanan Pendidikan Nasional dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2022.
8. Inisiatif Pengangkutan Awam

a) Inisiatif pas perjalanan tanpa had My30 bagi membolehkan pengguna menikmati bas dan rel kendalian Kumpulan Prasarana dengan harga RM30 sebulan.

b) Pas Perjalanan Bulanan Tanpa Had dengan harga RM5 sebulan akan diperkenalkan untuk pelajar sekolah tahun 1 hingga tingkatan 6 serta golongan OKU bermula tahun depan. Pas ini bagi perkhidmatan tren komuter Lembah Klang, komuter utara, tren antara bandar Kuala Lipis dan Tumpat dan tren Sabah di jajaran Beafort-Tenom.

MW: Atas pelbagai inisiatif yang diumumkan, semoga belanjawan 2021 ini dapat memberi manfaat buat semua golongan darisegala peringkat demi kemakmuran dan keharmonian negara.

Sumber: https://www.mingguanwanita.my/ringkasan-inti-pati-penting-belanjawan-2021-khusus-buat-wanita/
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post