NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ringkasan dan intipati Belanjawan Malaysia 2021



MENTERI Kewangan Tengku Zafrul Aziz hari ini membentangkan belanjawan 2021, untuk kerajaan Perikatan Nasional sejak ia mengambil alih kerajaan pada bulan Mac tahun ini.

Elok jika kita buat Ringkasan Belanjawan 2021 bagi Malaysia untuk memudahkan kita meneliti ringkasan dan intipati belanjawan yang telah dibentangkan sebentar tadi.

Berdasarkan kepada laporan sumber berita Bernama dan Reuters, sejumlah RM322.5 bilion telah diperuntukkan bagi tahun 2021 di mana jumlahnya adalah RM7.8 bilion lebih tinggi dari belanjawan 2020 yang bernilai RM314.7 bilion.

Belanjawan 2021 oleh kerajaan Malaysia berteraskan 3 objektif utama:

1. Kesejahteraan rakyat
2. Kelangsungan perniagaan
3. Ketahanan ekonomi

Sejumlah RM236.5 bilion telah diperuntukkan untuk perbelanjaan operasi, RM69 bilion pula untuk belanja pembangunan dan RM17 bilion untuk dana Covid-19.

Ringkasan Perbelanjaan Operasi 
Emolumen (Gaji) — RM84.5 bilion
Pembayaran balik hutang — RM39 bilion
Perkhidmatan dan perbekalan — RM32.8 bilion
Wang Persaraan — RM27.7 bilion
Kerajaan Negeri — RM7.7 bilion
Program Subsidi — RM18.7 bilion
Lain-lain — RM25.8 bilion

Ringkasan perbelanjaan pembangunan
Ekonomi — RM39 bilion
Sosial — RM18.3 bilion
Keselamatan — RM7.7 bilion
Tabung Covid-19 — RM17 bilion.

Kakitangan awam
1. Meningkatkan elaun dari RM6 kepada RM8 sejam untuk 1900 sukarelawan bomba dan penyelamat.
2. Pembayaran one-off RM500 kepada 40,000 penerima pingat Jasa Pahlawan Negara
3. Bayaran RM600 untuk kakitangan awam gred 56 ke bawah.
4. Bagi pesara kerajaan dan veteran yang tidak berpencen kerajaan akan menghulurkan bantuan khas RM300.


Alam sekitar
1. RM50 juta untuk pembersihan sungai-sungai dari sampah dan bahan buangan.
2. RM40 juta untuk memperketatkan penguatkuasaan dan aktiviti pemantauan sungai.
3. RM10 juta untuk projek pengurusan bahan buangan pulau-pulau di Johor dan Terengganu.
4. RM400 juta untuk semua negeri-negeri sebagai dana perlindungan biodiversiti.
5. RM20 juta untuk bayaran upah kepada 500 bekas tentera dan Polis juga orang asli untuk meronda di kawasan hutan.
6 Kerajaan akan membina pusat transformasi bandar di lembah pantai dengan bantuan sektor swasta.


Penghasilan peluang kerja dan isu sosial
1. RM100 juta diperuntukkan untuk NGO yang terlibat dalam mencipta peluang pekerjaan, mengutarakan isu sosial dan perlindungan alam sekitar. Geran RM100 juta ini akan dipadankan dengan geran RM100 juta dari GLC
2. RM2 bilion bagi menyambung Skim Pendanaan Teknologi Hijau 3.0
3. Lantikan sejumlah 100 pegawai baru SPRM.


Sabah dan Sarawak
RM5.1 bilion fan RM4.5 bilion diperuntukkan untuk menaik taraf kemudahan infrastruktur, kesihatan dan pendidikan masing-masing untuk Sabah dan Sarawak.

Koridor Ekonomi
1. RM780 juta untuk projek pembangunan di koridor ekonomi Johor Kelantan Kedah Sarawak dan Sabah.
2. Lanjutan insentif teks untuk koridor ekonomi sehingga 2022.
3. RM150 juta untuk membekalkan air mentah ke Melaka.
4. KWSP akan meneruskan pembangunan Kwasa Damansara, yang melibatkan hartanah kediaman dan perniagaan yang dijangka akan mencipta sejumlah 100,000 peluang pekerjaan.


Pembangunan
1. RM15 bilion diperuntukkan untuk projek kemudahan pengangkutan termasuk Lebuhraya pan Borneo, Projek Lebuhraya Gemas-Johor Bahru dan Projek laluan berkembar Lembah Klang.
2. Penyambungan projek-projek termasuk Rapid Transit Sistem di antara Johor Bahru dan Singapura dan MRT di Lembah Klang.
3. Kerajaan juga akan meneruskan Projek Keretapi Laju, bergantung kepada hasil perbincangan dengan Singapura.
4. RM3.8 bilion projek kemudahan termasuk pembinaan jambatan dan jalan-jalan di beberapa negeri.

Cukai Dosa
1. Lesen import baru untuk rokok dibekukan.
2. Pembaharuan lesen lesen rokok diperketatkan.
3. Import masuk rokok dihadkan kepada pelabuhan-pelabuhan terpilih sahaja.
4. Pengharaman pengangkutan dan eksport rokok menggunakan bot.
5. Cukai rokok dan tembakau dikenakan di semua pulau-pulau bebas cukai.
6.10 peratus duti eksais rokok elektronik dan bukan elektronik termasuk vape.

Transformasi Digital
1. RM1 bilion untuk Skim Transformasi Digital
2. RN150 juta geran untuk digitalisasi dan automasi perniagaan industri kecil dan sederhana (SME).
3. Hampir RM1.2 bilion Skim Mikrokredit
4. RM10 bilion untuk Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad.
5. RM2.5 bilion untuk kontraktor G1 hingga G4 untuk projek-projek kecil dan sederhana di seluruh negara.
6. MARA menyediakan RM50 juta skim dana untuk kontraktor-kontraktor bumiputera.

Pelancongan
1. RM50 juta untuk program-program latihan semula untuk 8,000 kakitangan syarikat penerbangan.
2. 500 peluang pekerjaan untuk orang asli dan masyarakat setempat untuk menjadi pemandu pelancong di semua Taman Negara.
3. RM50 juta untuk baikpulih dan penyelenggaraan kemudahan pelancongan seluruh negara.
4. RM35 juta Malaysia Healthcare Travel Council
5. Geran khas RM1,000 untuk peniaga, pemandu teksi, pemandu e-hailing, dan pemandu pelancong di Sabah.
6. Dana Pembangunan Sumber Manusia dikecualikan levi selama 6 bulan untuk syarikat-syarikat di dalam sektor pelancongan yang masih terkesan dengan wabak Covid-19.

Komoditi
1. RM20 juta diperuntukan program pensijilan pemeliharaan kelapa sawit.
2. RM16 juta diperuntukkan untuk insentif produksi getah.
3. Kerajaan akan membuka satu sektor perabot bagi membuka peluang pekerjaan di Pagoh.

Pertanian
1. RM50 juta untuk projek pertanian organik yang memberi manfaat kepada seribu komuniti.
2. RM150 peruntukan untuk permodenan kapal-kapal nelayan.
3. RM60 juta program-program permodenan rantaian perbekalan.
4. RM100 juta diperuntukkan untuk penternakan dan pertanian yang berimpak dan bernilai tinggi.

Pembangunan produk-produk tempatan.
1. RM150 juta diperuntukkan untuk program program latihan dan bantuan untuk 100,000 usahawan.
2. RM150 juta untuk inisiatif Shop Malaysia Online
3. RM35 juta diperuntukkan untuk mempromosi produk-produk buatan Malaysia.
4. Insentif cukai untuk syarikat syarikat yang menghasilkan vaksin Covid-19 supaya melabur di dalam Malaysia.

Sains, Teknologi dan Inovasi
1. RM 400 juta untuk Kementerian dan Agensi terpilih bagi menjalankan kajian dan pembangunan (R&D)
2. RM100 juta diperuntukkan untuk kajian berkaitan penyakit dan pembangunan vaksin.

Pelaburan pelaburan dalam sektor-sektor utama.
1. RM1 bilion diperuntukkan bagi menggalakkan pelaburan di dalam teknologi termasuk R&D untuk industri elektronik dan aeroangkasa.
2. RM500 juta diperuntukkan untuk membantu syarikat-syarikat yang terlibat dalam teknologi lanjutan dan inovasi.
3. insentif cukai bagi industri-industri tertentu akan dilanjutkan sehingga 2022.
4. RM1.4 bilion bagi membantu pembangunan rantaian pembekalan domestik dan meningkatkan pembangunan produk produk tempatan termasuk peranti perubatan.
5. RM3.7 bilion untuk melanjutkan beberapa skim pembangunan maritim dan logistik, infrastruktur pelancongan dan sektor pengangkutan awam.
6. RM2 billion bantuan untuk SMEs bersasar.

Bersambung

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo