NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penjelasan bagi Gelombang Pandemik COVID-19 di Malaysia (Data sehingga 11 November 2020)

oleh: Noor Hisham Abdullah

1. Sebelum pandemik COVID-19 tiba ke Malaysia, 'baseline' bagi kes COVID-19 di negara kita adalah sifar (0).

2. Kes pertama COVID-19 dilaporkan pada 25 Januari 2020 iaitu 4 kes yang merupakan bukan warganegara yang baru tiba di Malaysia. Kes ini adalah permulaan gelombang pertama. Gelombang Pertama berakhir pada 15 Februari 2020, dengan 22 kes. Kesemua kes ini mempunyai sejarah perjalanan ke negara yang terkesan dengan pandemik COVID-19 (20 kes) dan kontak kepada mereka yang positif ini (2 kes).

3. Malaysia bebas kes COVID-19 selama 11 hari dari 16 Feb hingga 26 Feb. Pada masa ini 'baseline' kes COVID-19 adalah kembali sifar (0), iaitu 'baseline pre-pandemic'.

4. Pada 27 Februari 2020, kes COVID-19 mula dilaporkan semula, iaitu permulaan Gelombang Kedua. Kes terus meningkat dengan kejadian kluster UDA, kluster Perhimpunan Seri Petaling, kluster Depot Tahanan Imigresen dan beberapa kluster kecil. Gelombang ini dianggap berakhir apabila hanya 1 kes dilaporkan pada 1 Julai 2020, dan kes ini pula adalah kes import A, iaitu individu yang pulang dari luar negara. Maka pada 1 Julai tiada kes jangkitan tempatan.

5. Sejak 1 Julai sehingga 6 September 2020, didapati bilangan kes adalah dalam lingkungan 1 ke 39 kes, sebelum ia meningkat kepada 62 pada 7 September 2020. Dalam tempoh 68 hari tersebut, purata kes dilaporkan dalam sehari adalah 11 kes. Memandangkan kes COVID-19 telah berada di persekitaran Malaysia, threshold bagi kejadian wabak diambil sebagai purata dicampur 2 Standard Deviation (Mean + 2SD); dan ia memberi nilai 25. Maka apabila bilangan kes didapati melebihi nilai ini dan kekal di atas nilai tersebut, maka ia akan diambil sebagai satu gelombang baharu.

6. Sepanjang tempoh 7 hingga 19 September 2020, bilangan kes harian tidak kekal berada di atas nilai 25, iaitu 4 hari dengan kes harian kurang daripada 25.

7. Pada 20 September 2020, kes meningkat melebihi 25 dan kekal di atas nilai tersebut sehingga kini. Tarikh ini diambil sebagai permulaan Gelombang Ketiga.



No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo