PAS King-Maker, Penyatu Umno Dan Bersatu?

Menarik sekali pertanyaan-pertanyaan Tan Sri Annuar Musa kepada ahli-ahli UMNO ini:

(1) “Nak tinggalkan PAS tinggalkan BERSATU, nak ambik Anwar dan nak ambik DAP?”

(2) “Seburuk-buruk BERSATU, adakah kita lebih percaya kepada DAP?”

(3) “Kalau dengan PAS yang begitu lama kita bergaduh, kita boleh satukan bila kita buat pendirian, adakah pemimpin-pemimpin kita tak ada will power untuk nak menjelaskan why kita bawak BERSATU sekali?”

SOALAN SHAHRIL SUFIAN HAMDAN (KETUA PENERANGAN UMNO)

“Orang UMNO akan sentiasa tanya perkara ini: Why not hanya UMNO dan PAS sepertimana Muafakat Nasional yang asal? Kenapa perlu kita bawak parti kawan baru kita ni yang kita tahu tak ada cawangan banyak yang kita tahu tak ada ahli banyak dan dipenuhi oleh ahli dan pimpinan asalnya datang daripada parti kita sudah tentu luka itu masih fresh? Why not just UMNO dan PAS?”

JAWAPAN TAN SRI ANNUAR MUSA

“Saya dah kata dalam kajian kita hari tu, UMNO dan PAS ada kekuatan sendiri dan memang boleh menang, tapi tanya PAS: Adakah PAS boleh terima idea hanya UMNO dan PAS dan tinggalkan BERSATU. Saya dah tanya. Malam tadi kita ada mesyuarat Muafakat Nasional. Dalam Muafakat Nasional PAS punya pendirian adalah jelas. Apa dia motto PAS sekarang? “Perkasakan Muafakat Nasional, Pertahankan Perikatan Nasional”. Jelas dasar dia.”

SOALAN SHAHRIL SUFIAN HAMDAN (KETUA PENERANGAN UMNO)

“Jadi option itu tidak wujud dah?”

JAWAPAN TAN SRI ANNUAR MUSA

“Option itu tidak wujud, sebab PAS jelas, dan PAS bukan saja lagi mempertahankan Perikatan Nasional dia sudah menjadi ahli Perikatan Nasional. Jadi kalau PAS dah jadi ahli Perikatan Nasional, ertinya apa? Dia punya pegangan adalah dia tidak akan tinggalkan BERSATU.

Pada masa yang, sama malam tadi pun PAS berikrar sekali lagi mereka jugak tidak mahu meninggalkan UMNO. Apa maknanya? Maknanya PAS berpegang kepada dasar UMNO, PAS dan BERSATU hendaklah bersama.

Kita pulak nak bawak satu pandangan baru, UMNO dan PAS sahaja, satu group. Satu group lagi ialah tak kiralah kalau PAS tak hendak, BERSATU tak hendak, kita ambik Anwar Ibrahim dan DAP. Yang mana satu kita nak pakai ni?

Nak pilihan raya cepat, boleh buat pilihan raya cepat, but we must be certain yang mana satu roadmap dia. Saya tak tahu pendapat saya lebih popular kah pendapat yang nak bawak Anwar Ibrahim dan DAP lebih popular. Kita belum uji, Ped, sebab saya belum berkempen, saya cuma buat kerja sebagai Setiausaha Agung. Tapi kalau nak bertempur antara pilihan ini, silakan, and then kita akan mintak daripada grassroot betul-betul.

Orang UMNO jawablah: Nak tinggalkan PAS tinggalkan BERSATU, nak ambik Anwar dan nak ambik DAP? Ataupun seorang kata, “Oh dah DAP tu dia sokong saya buat kerajaan tapi dia tak ada dalam Kabinet, Kabinet ni hanyalah kabinet orang Melayu saja”. Jadi orang DAP cerdik, dia tak ada jalan lain dia boleh pecahkan kekuatan Melayu ini maka dia gula-gulakan. Dia kata, “Tak apalah, kami tak pegang jawatan dalam Kabinet”. Tapi kerajaan itu terbentuk daripada bilangan dia. Sampai masa, kalau dia tarik, jatuh. Bila jatuh, UMNO dah hilang kawan.

Seburuk-buruk BERSATU, adakah kita lebih percaya kepada DAP? Tanya diri.

Sebab itu pada saya, sekarang nampaknya ada tiga versi.

Satu, versi saya, mungkin orang kata tak popular dan ramai lagi kawan-kawan yang lain tapi silent majority, yakni bersatulah Melayu, UMNO memimpin penyatuan. UMNO bersama dengan PAS dan berkongsi jugak pandangan PAS, iaitu BERSATU mesti bersama. Ok, itu A.

Yang B, orang kata, biar UMNO dengan PAS sahaja. Bagi saya, jawapannya sudah ada, sebab saya sendiri tanya, Ped pun ada dalam mesyuarat semalam. PAS sudah beri jawapan, PAS nak cara yang pertama, not cara yang kedua.

So kalau kita tak ada PAS, maka versi yang ketiga, DAP dan Anwar Ibrahim. Kita tanyalah ahli-ahli grassroot. Yang mana satu?

Tapi, pada saya, bila kita pemimpin buat satu keputusan, kitalah kena menerang kepada ahli kita. Kita tak boleh tengok ahli suka apa nak ikut kehendak ahli. Ahli UMNO di Terengganu pemikiran tak serupa dengan ahli UMNO di Kelantan sebab dia ada latar belakang yang berbeza. Ahli UMNO di Johor tak serupa dengan pemikiran ahli UMNO di Kelantan, dia ada latar belakang berbeza. Di Selangor berbeza lagi. Jadi keadaan itu tak sama.

Tapi kitalah pemimpin, kita kena buat satu pendirian yang tegas, pendirian yang jelas, kemudian kita mesti ada will power dan political will untuk kita berdepan dengan penyokong-penyokong kita dan justify.

Waktu kita nak kerjasama dengan PAS, berapa ramai yang kondem? Saya masih terngiang-ngiang dalam telinga saya beberapa pemimpin kanan kondem kita kerana kita kerjasama dengan PAS. Orang-orang besar yang kita ambil letak di atas, tak terima kerjasama dengan PAS. Ada sampai hari ini masih belum terima lagi kerjasama dengan PAS. Kita jalan jugak, akhirnya kita buat Muafakat Nasional, pun orang UMNO kondem.

Tapi akhirnya kita terus terang, kita terang, kita terang. Sekarang ini rasanya majoriti rakyat sudah senang hati bekerjasama dengan PAS. Kita dah macam dah rasa macam adik beradik dah dengan PAS. Kita boleh bertukar-tukar pandangan dengan PAS, ya. Jadi berbeza tu dengan keadaan yang dulu. Serupa jugaklah BERSATU ni lagi lah pulak.

BERSATU ni baru berapa hari umur dia? Bergaduh pun baru berapa tempat je kita bergaduh dengan BERSATU? Kalau dengan PAS yang begitu lama kita bergaduh, kita boleh satukan bila kita buat pendirian, adakah pemimpin-pemimpin kita tak ada will power untuk nak menjelaskan why kita bawak BERSATU sekali? Sedangkan parti dah buat keputusan, we are part of Perikatan Nasional.

Pada saya, itu bukan satu masalah yang terlalu besar, yang penting jangan flip-flop, jangan sekali tukar, sekali tukar, sekali tukar. Buat pendirian, draw the roadmap, set the dateline bila nak pilihan raya, set siapa dia partner-partner kita, then we move forward.”

Sumber: Wawancara CEPUMAS Ketua Penerangan UMNO bersama Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa, 19 November 2020.

Kamarul Yusoff

Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post