Paras siling hutang 60 peratus cukup - Tengku Zafrul



KUALA LUMPUR: Terdapat ruang yang luas bagi kerajaan untuk merangsang ekonomi dengan paras siling hutang statutori 60 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ketika ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata keadaan itu membolehkan ekonomi negara kembali pulih.

"Saya rasa masih cukup nisbah hutang daripada KDNK buat masa ini. Pada akhir tahun ini ia dijangka mencecah 56 peratus dan hampir 60 peratus pada 2021," katanya ketika ditemu bual di TV3 di sini, malam ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan sama ada hutang daripada KDNK perlu dipertingkatkan untuk terus memperkasakan ekonomi negara.

Mengenai keperluan untuk menaikkan siling hutang, beliau berkata ia bergantung kepada keadaan.
Kerajaan baru-baru ini menaikkan had statutori hutang daripada KDNK kepada 60 peratus daripada 55 peratus.

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM322.5 bilion atau 20.6 peratus daripada KDNK bagi Belanjawan 2021.

Ini merupakan peningkatan daripada jumlah peruntukan perbelanjaan bagi 2020, yang disemak semula dengan menaikkannya kepada RM314.7 bilion daripada anggaran awal belanjaan RM297 bilion.

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/paras-siling-hutang-60-peratus-cukup-tengku-zafrul-267516


Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post