Komentar: Kelebihan & Kekurangan Belanjawan 2021



Ada beberapa masalah dan kebaikan yang saya lihat wujud di dalam Bajet 2021.


Masalah:
1. Walaupun kebenaran pengeluaran Akaun 1 KWSP secara bersasar itu rasional, tetapi syarat pengeluarannya adalah dengan kehilangan kerja. Sedangkan masalah yang sama juga bagi mereka yang dipotong gaji dan mengalami kekurangan pendapatan kesan kelemahan perniagaan.

Individu yang kehilangan kerja memperoleh bantuan EIS (sehingga 80% daripada gaji terakhir) tetapi tiada insentif tunai kepada mereka yang dipotong gaji dan yang menerima unpaid leave (cuti tanpa gaji)

Sekurang-kurangnya, kebenaran ini perlu diperluas kepada golongan berkenaan secara peratusan (10% maksimum daripada jumlah simpanan) atau kebenaran secara pukal bagi golongan B40

2. Moratorium bersasar hanya diberi kepada golongan B40. Sedangkan M40 tidak mendapat manfaat serupa (kecuali penstrukturan semula). Berdasarkan Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia 2018, pendapatan penengah adalah sebanyak RM5,873.

Golongan ini juga terkesan kerana bukan sahaja sebahagiannya tidak mendapat Bantuan Prihatin Rakyat (pendapatan melebihi RM5001), tetapi juga masih perlu membayar komitmen bulanan.

Sekurang2nya, moratorium ini perlu diperluaskan juga kepada isi rumah berpendapatan RM6000 (menengah rendah) jika tidak diperluaskan kepada kelompok M40 secara pukal sekalipun

Kelebihan:
1. Kerajaan memperakui impak projekprojek besar seperti High Speed Rail (HSR), MRT3 dan beberapa projek mega lain sebagai pemangkin ekonomi negara. Ini adalah perubahan sikap yang besar berbanding kerajaan lama

2. Terdapat sumbangan besar daripada sektor swasta (Top Glove, Hartalega) serta GLC / GLIC negara dalam menunaikan tanggungjawab korporat termasuk skim latihan dan pekerjaan semula.

Tak ada lagi kerja paw duit Petronas.

3. Sektor paling terkesan iaitu pelancongan (termasuk penerbangan) diberi penekanan khusus termasuk kebajikan individu yang telah kehilangan kerja. Pelancongan menyumbang sekitar 6% kepada KDNK pada 2019 dan merupakan industri ke 3 terbesar dalam negara.

Ini adalah pemerhatian kasar saya bagi Bajet 2021. Saya percaya dengan kedudukan kerajaan yang berstatus ‘minority government’ ini maka suara desakan bagi penambahbaikan Bajet akan diambil kira oleh Menteri sekiranya terdapat keperluan pindaan.


Artikel ini ditulis oleh Abdul Rahim Hilmi.


Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post