NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hukum Berniaga Dan Membeli Atas Talian Ketika Khutbah Jumaat

Biasakah kita melihat rakan-rakan kita melihat skrin telefon ketika mendengar khutbah? Hati-hati kerana ia adalah satu perbuatan yang dilarang andainya yang dilihat itu adalah laman web Shoppee atau Lazada dan ada transaksi yang dilakukan sambil mendengar khutbah tadi.

Terdapat larangan berjualbeli selepas azan kedua Solat Jumaat (khatib naik atas mimbar) berdasarkan firman Allah dalam Surah a-Jumu’ah ayat 9:

ŁŠَŲ§ Ų£َŁŠُّŁ‡َŲ§ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ Ų¢Ł…َŁ†ُŁˆŲ§ Ų„ِŲ°َŲ§ Ł†ُŁˆŲÆِŁŠَ Ł„ِŁ„ŲµَّŁ„َŲ§Ų©ِ Ł…ِŁ†ْ ŁŠَŁˆْŁ…ِ Ų§Ł„ْŲ¬ُŁ…ُŲ¹َŲ©ِ ŁَŲ§Ų³ْŲ¹َŁˆْŲ§ Ų„ِŁ„َŁ‰ٰ Ų°ِŁƒْŲ±ِ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ ŁˆَŲ°َŲ±ُŁˆŲ§ Ų§Ł„ْŲØَŁŠْŲ¹َ ۚ Ų°َٰŁ„ِŁƒُŁ…ْ Ų®َŁŠْŲ±ٌ Ł„َŁƒُŁ…ْ Ų„ِŁ†ْ ŁƒُŁ†ْŲŖُŁ…ْ ŲŖَŲ¹ْŁ„َŁ…ُŁˆŁ†َ

Maksudnya: “Wahai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.”

Perintah bersegeralah dan tinggalkan jual beli dalam ayat di atas adalah perintah wajib. Kewajipan ke atas semua lelaki Muslim yang diwajibkan solat Jumaat kecuali mereka yang bermusafir, sakit, kanak-kanak, dan mempunyai pekerjaan yang mendesak mereka bertugas seperti tentera, pengawal keselamatan dan sebagainya.

Maka golongan yang diwajibkan solat Jumaat ke atasnya hendaklah berjaga-jaga khususnya dalam bab melakukan transaksi atas talian pada hari Jumaat.

Bagi penjual wanita pula, di dalam kitab al-Mughni Ibn Qudamah terdapat larangan menjual kepada kaum lelaki dengan firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 2 yang bermaksud:

Janganlah kamu berbantu dalam dosa dan permusuhan

Oleh kerana itu, bank-bank patuh Shariah ada antaranya mempunyai resolusi khusus tentang waktu operasi ketika waktu Solat Jumaat bagi mengelakkan larangan dalam surah al-Jumuah tadi.

Semoga kita dapat menghidupkan perintah dalam ayat tadi untuk meninggalkan sebarang bentuk jual beli dan fokus dalam mendengar khatib memberi khutbah ketika waktu Jumaat. Selepas Jumaat hidupkan pula perintah Allah dalam ayat 10 surah al-Jumu’ah:

ŁَŲ„ِŲ°َŲ§ Ł‚ُŲ¶ِŁŠَŲŖِ Ų§Ł„ŲµَّŁ„َŲ§Ų©ُ ŁَŲ§Ł†ْŲŖَŲ“ِŲ±ُŁˆŲ§ ŁِŁŠ Ų§Ł„ْŲ£َŲ±ْŲ¶ِ ŁˆَŲ§ŲØْŲŖَŲŗُŁˆŲ§ Ł…ِŁ†ْ ŁَŲ¶ْŁ„ِ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ ŁˆَŲ§Ų°ْŁƒُŲ±ُŁˆŲ§ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡َ ŁƒَŲ«ِŁŠŲ±ًŲ§ Ł„َŲ¹َŁ„َّŁƒُŁ…ْ ŲŖُŁْŁ„ِŲ­ُŁˆŁ†َ

Maksudnya: 
Apabila telah ditunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung.

Semoga kita semua diberikan keuntungan oleh Allah Pemilik segala Keuntungan.

***Ditulis oleh Arham Merican, Pengurus Shariah di sebuah institusi kewangan negara dan sedang melanjutkan pengajian peringkat Sarjana dalam bidang Pengajian Pembangunan. Meminati bidang ekonomi dan Shariah dengan fokus kepada pengurusan kewangan, pembasmian kemiskinan, dan pembinaan masyarakat madani.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo