NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Catatan Ibn Kathir Tentang Empayar Melayu Srivijaya


Imam Abu al-Fida’ Imaduddin bin Ismail atau lebih terkenal dengan panggilan Ibn Kathir (w 774 H), seorang ulama besar yang terkenal dengan kitab tafsir al-Qur’annya yang dinamakan Tafsir Ibn Kathir turut memiliki kepakaran dalam ilmu sejarah. Karya sejarahnya yang cukup agung dan memberikan sumbangan besar pada Islam antaranya ialah kitab Al-Bidayah wan Nihayah.

Dalam kitab tersebut, Ibn Kathir turut menukilkan tentang Srivijaya yang mana beliau menulis bahawa wilayah Srivijaya memiliki banyak peninggalan kesan runtuhan bangunan. Ibn Katihir menulis seperti berikut:-

ŁˆŁŠŲŖŲ¬Ų§ŁˆŲ² Ų®Ų· Ų§Ł„Ų„Ų³ŲŖŁˆŲ§Ų”، Ų«Ł… ŁŠŁ…ŲŖŲÆ Ų“Ų±Ł‚ًŲ§، ŁˆŁŠŲµŁŠŲ± Ų¬Ł†ŁˆŲØŁŠ Ų§Ł„Ų£Ų±Ų¶ .ŁˆŁŁŠŁ‡ Ł‡Ł†Ų§Łƒ Ų¬Ų²Ų§Ų¦Ų± Ų§Ł„Ų²Ų§ŲØŲ¬، ŁˆŲ¹Ł„Ł‰ Ų³ŁˆŲ§Ų­Ł„Ł‡ Ų®Ų±Ų§ŲØ ŁƒŲ«ŁŠŲ±……Ų„Ł† ŁŁŠ ŲØŲ­Ų± Ų§Ł„Ł‡Ł†ŲÆ Ų£Ł„Ł Ų¬Ų²ŁŠŲ±Ų© ŁˆŲ³ŲØŲ¹Ł…Ų§Ų¦Ų© Ų¬Ų²ŁŠŲ±Ų© ŁŁŠŁ‡Ų§ Ł…ŲÆŁ† ŁˆŲ¹Ł…Ų§Ų±Ų§ŲŖ
Dan melintasi garisan khatulistiwa, kemudian menjangkau ke arah timur, dan mencecah bahagian selatan bumi, di situ terdapat gugusan kepulauan al-Zabaj (Srivijaya/ Alam Melayu) yang mana di pesisir pantainya terdapat banyak kesan runtuhan peninggalan bangunan……..Di Lautan Hindi terdapat seribu tujuh ratus buah pulau yang terdapat kota-kota dan binaan bangunan
Catatan Ibn Kathir ini dibuat pada abad ke-14 M dan pada ketika ini kerajaan Srivijaya telah pun runtuh. Maka sangat munasabah jika Ibn Kathir mencatatkan Srivijaya memiliki banyak peninggalan runtuhan bangunan.

Lima ratus tahun sebelum Ibn Kathir mencatatkan tentang Srivijaya, Abu Zaid as-Sirafi (w 326 H) telah mencatatkan tentang keadaan Srivijaya pada zaman hidupnya iaitu pada abad ke-9 M. Abu Zaid menulis :-


Łˆ Ų¬Ų²ŁŠŲ±ŲŖŁ‡ Ų§Ł„ŲŖŁŠ Ł‡Łˆ ŲØŁ‡Ų§ ŁŁŠ ŲŗŲ§ŁŠŲ© Ų§Ł„Ų®ŲµŲØ Łˆ Ų¹Ł…Ų§Ų±ŲŖŁ‡Ų§ Ł…Ł†ŲŖŲøŁ…Ų©. Łˆ Ų°ŁƒŲ± Ł…Ł† ŁŠŁˆŲ«Ł‚ ŲØŁ‚ŁˆŁ„Ł‡ Ų£Ł† Ų§Ł„ŲÆّŁŠŁƒŲ© Ų„Ų°Ų§ ŲŗŲ±ŲÆŲŖ ŁŁŠ Ų§Ł„Ų£Ų³Ų­Ų§Ų± Ł„Ł„Ų£ŁˆŁ‚Ų§ŲŖ ŁƒŲŖŲŗŲ±ŁŠŲÆŁ‡Ų§ Ų¹Ł†ŲÆŁ†Ų§ ŲŖŲ¬Ų§ŁˆŲØŲŖ Ų„Ł„Ł‰ Ł…Ų§Ų¦Ų© ŁŲ±Ų³Ų® Łˆ Ł…Ų§ ŁŁˆŁ‚Ł‡Ų§ ŁŠŲ¬Ų§ŁˆŲØ ŲØŲ¹Ų¶Ł‡Ų§ ŲØŲ¹Ų¶ Ł„Ų„ŲŖŲµŲ§Ł„ Ų§Ł„Ł‚Ų±Ł‰ Łˆ Ų§Ł†ŲŖŲøŲ§Ł…Ł‡Ų§

Pulau pusat pemerintahannya (Maharaja Srivijaya) yang mana tempat baginda bersemayam pula berada di tahap kemuncak kemewahan dan pembangunannya tersusun rapi. Telah disebutkan oleh orang yang boleh dipercayai bahawa apabila seekor ayam berkokok pada waktu sahur seperti seperti mana kokokan di tempat kita, bunyi kokokan itu saling sahut menyahut sehingga lebih seratus farsakh jauhnya. Ayam-ayam boleh berkokok saling sahut-menyahut (sehingga sejauh itu) kerana bersambungnya kampung-kampung di situ dengan tersusun rapi.

Farsakh adalah unit ukuran Arab klasik/ kuno. Satu farsakh sekitar 5 km.

Bayangkan, menurut Abu Zaid, kampung-kampung di Srivijaya bersambung-sambung sehingga 500 km jauhnya. Ini suasana pada abad ke-9. Maka tidak hairanlah jika Ibn Kathir menulis bahawa di Srivijaya banyak runtuhan bangunan.

Pelayar Islam dari Parsi iaitu Buzurg al-Ramhurmuzi yang hidup pada abad ke-10 M juga mencatatkan tentang begitu banyaknya pasar dan bangunan di Srivijaya. Beliau menulis :-

Łˆ Ł‚ŲÆ ŁƒŲ§Ł† ŲÆŲ®Ł„ Ų§Ł„Ų²Ų§ŲØŲ¬ Ł‚Ų§Ł„ Ų±Ų£ŁŠŲŖ ŁŁ‰ Ų§Ł„ŲØŁ„ŲÆ Ų§Ł„Ų°Ł‰ ŁŁŠŁ‡ Ł…Ł‡Ų±Ų§Ų¬Ų§ Ų§Ł„Ł…Ł„Łƒ ŲØŲ§Ł„Ų²Ų§ŲØŲ¬ Ł…Ł† Ų§Ł„Ų§Ų³ŁˆŲ§Ł‚ Ų§Ł„Ų¹ŲøŁŠŁ…Ų© Ł…Ų§ Ł„Ų§ ŁŠŲ­ŲµŁ‰….Łˆ Ų­ŁƒŁ‰ Ł…Ł† Ų§Ł…Ų± Ų¬Ų²ŁŠŲ±Ų© Ų§Ł„Ų²Ų§ŲØŲ¬ Łˆ Ų¹Ł…Ų§Ų±ŲŖŁ‡Ų§ Łˆ ŁƒŲ«Ų±Ų© Ų§Ł„ŲØŁ„ŲÆŲ§Ł† Łˆ Ų§Ł„Ł‚Ų±Ł‰ ŁŁŠŁ‡Ų§ Ł…Ų§ Ł„Ų§ ŁŠŁ‚Ų¹ Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ ŁˆŲµŁ

Dan dia (Yunus bin Mihran) pernah masuk ke wilayah Srivijaya (al-Zabaj) dengan berkata, ‘Aku telah melihat di negeri yang menjadi tempat bersemayam Maharaja iaitu raja bagi Srivijaya, pasar-pasar yang besar sekali begitu banyak tidak terhitung bilangannya…dan telah diceritakan hal ehwal Pulau Srivijaya dari segi bangunan-bangunannya serta banyaknya negeri dan kampung-kampung di dalamnya yang tidak dapat digambarkan.

Jika merujuk kepada catatan Ibn Kathir dan penulis-penulis Arab/ Parsi dari abad ke-9 hingga abad ke-14 M, wilayah-wilayah Srivijaya (Jawa, Sumatera dan semenanjung Tanah Melayu) terdapat banyak bangunan.

Namun peninggalan binaan Srivijaya yang ditemui di zaman moden ini tidak selaras dengan catatan penulis-penulis Arab kurun yang lalu. Apakah masih banyak lagi kesan peninggalan yang tertimbus dan belum ditemui atau terdapat zaman di mana ianya dihapuskan secara besar-besaran, hanya masa yang menentukan jawapan persoalan ini.


Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Alam Melayu dan Islam

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo