NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dewan Rakyat Sahkan Kerusi Parlimen Gerik Kosong

18 NOV: Dewan Rakyat telah mengemukakan pemberitahuan kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh hari ini berhubung kematian Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman kelmarin.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, pemakluman itu adalah selaras dengan Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan.

“Selaras dengan Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan, SPR hendaklah mengisi kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Gerik, Perak dalam tempoh 60 hari dari tarikh dipastikan oleh SPR bahawa ada kekosongan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau turut merakamkan ucapan takziah bagi pihak Parlimen kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham serta mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

Hasbullah, 63, dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Kuala

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo