NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu Adun Ketari : Mana suara DAP?



KUALA LUMPUR: PAS mendesak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil tindakan sewajarnya ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ketari, Young Syefura Othman yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), baru-baru ini.


Menurut Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan Adun Ketari itu jelas melanggar undang-undang PKPB apabila merentas daerah dan negeri semata-mata menghadiri sambutan hari lahir di sebuah pantai di Avani Sepang Goldcoast Resort, yang terletak di Sungai Pelek, Selangor.

Di bawah PKPB di Selangor, perjalanan antara daerah dan negeri dilarang kecuali untuk tujuan kerja dan kecemasan.

Berkelah juga dilarang secara tegas berdasarkan peraturan yang digariskan Majlis Keselamatan Nasional (MKN), bersama dengan aktiviti pelancongan melibatkan perjalanan masuk dan keluar dari kawasan PKPB.

“Gambar yang diviralkan jelas melanggar SOP dengan tidak mengenakan pelitup muka serta mengadakan majlis yang jelas bercanggah dengan arahan KKM,” ujarnya kepada Harakahdaily, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air menegaskan agar DAP mengambil tindakan ke atas perbuatan Adun Ketari terbabit yang mana sebelum ini lantang mengkritik Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang dikatakan sengaja melanggar arahan kuarantin selama 14 hari selepas pulang dari Turki.

“Mana hilang suara Lim Kit Siang yang bising menyerang Dr Khairuddin sebelum ini, walaupun beliau tidak melakukan sebarang kesalahan sehingga kes beliau tidak diteruskan,” tegasnya.

Bagaimanapun, gambar di Instagram beliau bersama empat rakannya yang mendapat kecaman netizen sejak beberapa hari lepas, sudah dipadamkan. – HARAKAHDAILY


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo