NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Belanjawan 2021: Pembangkang Gagal Adakan Undi Belah Bahagian


CYBERJAYA: Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 di peringkat dasar telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dengan lebih suara untuk menyokong, sebentar tadi.

Percubaan pembangkang untuk adakan undi belah bahagian gagal kerana tidak mengcukupi 15 orang menyokong cadangan tersebut.

Belanjawan 2021 dibentang Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 Nov lepas dan seramai 82 Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan yang berlangsung dari 9 Nov hingga 19 Nov.

Menurut Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Harun, perbahasan peringkat jawatankuasa bermula Isnin depan selama 10 hari sebelum undi belah bahagian sekali lagi diadakan. -SuaraTV

Sumber:https://suara.tv/26/11/2020/belanjawan-2021-pembangkang-gagal-adakan-undi-belah-bahagian/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo